Page 45 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 45

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                     3.8.5    Perolehan Secara eBidding

                        (a)  eBidding merupakan satu modul tambahan di  bawah  sistem ePerolehan yang
                              memberi  pilihan  kepada  Kementerian/Agensi  yang  eP  enabled untuk
                              mendapatkan bekalan/perkhidmatan dengan lebih cepat dan kos efektif daripada
                              pembekal  yang  eP  enabled.  Pembekal  akan  bersaing  secara  interaktif  melalui
                              internet  dengan  menawarkan  harga  tawaran  terbaik  yang  menguntungkan
                              Kerajaan.

                        (b)  Empat  (4)  kriteria  utama  perlu  dipatuhi  sebelum  mempelawa  eBidding seperti
                              berikut:

                              (i)   Bekalan/Perkhidmatan  yang  sesuai  dilaksanakan  secara  eBidding seperti
                                    berikut:

                                   1)  Bekalan yang mempunyai spesifikasi standard, telah siap untuk diguna
                                        pakai  dan  tidak  memerlukan  penilaian  teknikal  yang  rumit  dan
                                        kompleks.
                                   2)  Bekalan atau perkhidmatan yang diuruskan di bawah sistem panel.
                                   3)  Perkhidmatan  yang  mempunyai  skop  dan  spesifikasi  yang  standard
                                        dan sesuai serta sesuai dilaksanakan secara eBidding.

                              (ii)   Pelawaan  eBidding  bagi  perolehan  bekalan/perkhidmatan  yang  bernilai
                                    melebihi RM50,000.

                              (iii)  Pegawai  Pengawal  bertanggungjawab  dalam  menentukan  syarat  atau
                                    kriteria  yang  perlu  dipatuhi  oleh syarikat/pembekal sebelum notis
                                    pelawaan dikeluarkan oleh Kementerian/Agensi kepada syarikat/pembekal
                                    yang ingin menyertai eBidding.

                              (iv)  Bilangan  pembekal  yang  menyertai  eBidding adalah tiga (3)
                                    syarikat/pembekal    atau   lebih.    Sekiranya   didapati    bilangan
                                    syarikat/pembekal  kurang  daripada tiga  (3), Kementerian/Agensi
                                    hendaklah melaksanakan perolehan secara Sebut Harga atau Tender.

                        (c)  Proses eBidding dilaksanakan dalam empat (4) peringkat utama iaitu Persediaan,
                              Pra Kelayakan, Bidaan (Atas Talian) dan Pembekalan. Perincian proses eBidding
                              seperti di Lampiran 3D.

                        (d)  Pelaksanaan  perolehan  secara  eBidding hendaklah selaras dengan SPP yang
                              berkuat kuasa.


                     3.8.6    Perolehan Perkhidmatan Perunding ICT

                        (a)  Perolehan  Perkhidmatan  ICT  adalah  di  bawah  Bidang  Perunding  Bukan  Fizikal
                              seperti berikut:

                              (i)   kajian kemungkinan, kajian ekonomi, kajian penswastaan dan kajian-kajian
                                    lain;



                                                         35
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50