Page 43 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 43

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                        (c)  Sebut Harga hendaklah terbuka kepada pembuat/pembekal bertaraf Bumiputera
                              dan  Bukan  Bumiputera.  Syarikat  pembuat/pembekal  bertaraf  Bumiputera
                              hendaklah diberi keutamaan harga berdasarkan SPP yang berkuat kuasa.

                        (d)  Agensi  yang  telah  eP  enabled hendaklah melaksanakan perolehan
                              bekalan/perkhidmatan ICT secara sebut harga melalui sistem ePerolehan.

                        (e)  Perincian pelaksanaan perolehan secara Sebut Harga adalah berdasarkan kepada
                              SPP yang berkuat kuasa dan hendaklah dipatuhi sepenuhnya.


                     3.8.3    Perolehan Secara Tender

                        (a)  Perolehan  bekalan/perkhidmatan  ICT  yang  melebihi  RM500,000  hendaklah
                              diurus secara Tender Terbuka.

                        (b)  Tender  tempatan  bagi  barangan  buatan  tempatan  hendaklah  dipelawa  dengan
                              menggunakan  harga  bersih  sahaja.  Tender tempatan bagi barangan yang  perlu
                              diimport hendaklah dipelawa dengan menggunakan harga tawaran Free On Board
                              (FOB) sahaja.

                        (c)  Tender  antarabangsa  hanya  boleh  dipelawa  bagi  perolehan  bekalan/
                              perkhidmatan  ICT  yang  tidak  boleh  disediakan  atau  dikeluarkan  oleh  sumber
                              dalam negara.

                        (d)  Tender Terbuka Pra Kelayakan dilaksanakan bertujuan untuk menapis syarikat/
                              kontraktor  supaya  mereka  yang  mempunyai  pengalaman,  kebolehan  teknikal,
                              keupayaan kewangan dan pengurusan bagi melaksanakan sesuatu projek  sahaja
                              dibenarkan mengambil bahagian di dalam sesuatu tender yang diadakan setelah
                              Agensi mendapat kelulusan khas Kementerian Kewangan.

                        (e)  Tender Terhad bagi perolehan bekalan/perkhidmatan  ICT yang tidak melebihi
                              RM5  juta  boleh  dilaksanakan  setelah  Agensi  mendapat  kelulusan  Lembaga
                              Perolehan Agensi. Tender Terhad yang melebihi nilai tersebut perlu mendapat
                              kelulusan Kementerian Kewangan.

                        (f)   Agensi  yang  telah  eP  enabled hendaklah melaksanakan perolehan
                              bekalan/perkhidmatan ICT secara Tender melalui sistem ePerolehan.

                        (g)  Perincian pelaksanaan perolehan secara Tender adalah berdasarkan kepada SPP
                              yang berkuat kuasa dan hendaklah dipatuhi sepenuhnya.


                     3.8.4    Perolehan Secara Request For Proposal (RFP)

                        (a)  Agensi boleh melaksanakan perolehan ICT secara Tender mengikut kaedah RFP
                              bagi  mencari  penyelesaian  (solutions)  yang  paling  tepat  mengikut  keperluan
                              sesuatu projek. Untuk melaksanakan RFP, Agensi perlu jelas tentang matlamat,
                              visi  dan  fungsi  projek  yang  hendak  dilaksanakan  bagi  membantu  syarikat
                              menyediakan cadangan penyelesaian.


                                                         33
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48