Page 41 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 41

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                     3.5.2    Spesifikasi teknikal tidak boleh dibuat berdasarkan kepada sesuatu jenama atau
                              buatan. Sekiranya tidak  dapat  dielakkan, ungkapan ‘atau persamaan’  hendaklah
                              digunakan.

                     3.5.3    Spesifikasi  hendaklah  dibuat  berasaskan  fungsi  penggunaan  dan  sekurang-
                              kurangnya  memenuhi  piawaian  Malaysia  atau  piawaian  antarabangsa  yang
                              diiktiraf oleh Kerajaan. Sekiranya barangan tersebut tidak mempunyai sebarang
                              piawaian, Agensi hendaklah memastikan barangan yang ditentukan adalah sesuai,
                              selamat digunakan dan dijamin oleh pembuatnya atau syarikat.

                     3.5.4    Spesifikasi yang disediakan hendaklah ditanda aras (benchmark) dengan barangan
                              buatan tempatan yang memenuhi piawaian yang diiktiraf.

                     3.5.5    Agensi  hendaklah  memastikan  Jadual  Harga  dalam  spesifikasi  Sebut  Harga/
                              Tender bagi perkakasan (bahan/barangan) ICT yang dimport hanya mempunyai
                              satu  jenis  harga  tawaran  sahaja  iaitu  sama  ada  CIF,  FOB  atau  pun  Ex-Stock
                              bergantung kepada keperluan Agensi.

                     3.5.6    Agensi  hendaklah  menyatakan  dengan  jelas  keperluan  projek  seperti  skop
                              projek,  bilangan  unit,  kapasiti,  lokasi,  output  yang  diperlukan,  standard  yang
                              digunapakai, latihan dan sebagainya.

                     3.5.7    Jawatankuasa  Spesifikasi  hendaklah  diberi  masa  secukupnya  dan  bersesuaian
                              dengan perolehan yang dibuat untuk merangka dan mewujudkan spesifikasi yang
                              sempurna dan jelas.


               3.6  Butiran Terma Rujukan (TOR)

                     3.6.1    Bagi  perkhidmatan  perunding  ICT,  Agensi  hendaklah  menyediakan  TOR  dan
                              skop kerja dengan jelas dan bersesuaian dengan keperluan projek/kajian. Agensi
                              hendaklah  memastikan  perunding  mengambil  kira  semua  unsur  cukai  semasa
                              mengemukakan  Cadangan  Kos  bagi  sesuatu  projek/kajian  yang  akan
                              dilaksanakan.  Kerajaan  tidak  akan  membenarkan  sebarang  pengecualian
                              berhubung perkara ini.

                     3.6.2    TOR hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut:

                        (a)  Latar belakang projek/ kajian;
                        (b)  Objektif pelantikan perunding;
                        (c)  Skop perkhidmatan perunding;
                        (d)  Tempoh perkhidmatan perunding;
                        (e)  Kaedah penetapan kos perkhidmatan perunding;
                        (f)   Deliverables (output yang dihasilkan);
                        (g)  Maklumat yang boleh disediakan oleh Kerajaan kepada perunding;
                        (h)  Brif projek; dan
                        (i)   Perkara-perkara lain yang berkaitan.

                     3.6.3    Butiran  terperinci  TOR  hendaklah  merujuk  Manual  Perkhidmatan  Perunding,
                              Kementerian Kewangan yang berkuat kuasa.



                                                         31
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46