Page 36 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 36

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                        (b)   Penetapan tempoh penyerahan ini hendaklah mengambil kira apa-apa jangkaan
                              perubahan  faktor-faktor  lain  yang  mempunyai  kaitan  rapat  dengan  perolehan
                              tersebut  seperti  projek  bangunan,  operasi,  pengurusan,  pentadbiran  Agensi
                              secara keseluruhannya, aspek perundangan dan lain-lain.


               2.8  Penentuan Kaedah Pelaksanaan

                     2.8.1    Agensi  hendaklah  mengenal  pasti  sama  ada  pelaksanaan  projek  ICT  mampu
                              dilaksanakan secara in-house atau perlu diperoleh secara outsourcing/ co-sourcing.

                     2.8.2    Perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam menentukan pelaksanaan secara in
                              house atau out sourcing/ co-sourcing adalah seperti berikut:

                        (a)  Kemampuan  tenaga  kerja  dalaman  sama  ada  menggunakan  tenaga  kerja  sedia
                              ada  atau  memerlukan  pengambilan  kakitangan  baru  secara  tetap/  khidmat
                              sementara/ kontrak.

                        (b)  Isu/ faktor keselamatan.

                        (c)  Kompleksiti sesuatu projek.

                        (d)  Perbandingan kos yang menguntungkan Kerajaan.

                        (e)  Kemampuan pelaksanaan dari segi kepakaran, fasiliti dan lain-lain.

                     2.8.3    Agensi  juga  perlu  mengenal  pasti  pengguna  sebenar  projek  yang  dicadangkan
                              dan memastikan pengguna tersebut komited dengan projek, terlibat sepenuhnya
                              sepanjang pelaksanaan projek dan menerima latihan yang mencukupi.


               2.9  Kenal Pasti Impak

                     Agensi  hendaklah  mengenal  pasti  impak  (positif  atau  negatif)  cadangan  perolehan  ICT
                     secara keseluruhan terhadap perkhidmatan (business) Agensi termasuk prosedur, proses
                     kerja, aplikasi sedia ada, integrasi dengan sistem aplikasi lain dan sebagainya.


               2.10 Kenal Pasti Kekangan

                     Agensi  hendaklah  mengenal  pasti  kekangan  yang  mungkin  timbul  semasa  pelaksanaan
                     projek  seperti kepakaran, bajet,  staf, masa, ICT architecture Agensi (semasa & target),
                     interoperability standards dan lain-lain dalam melaksanakan sesuatu projek.


               2.11 Kenal Pasti Risiko

                     2.11.1  Agensi perlu mengenal pasti risiko yang mungkin timbul di dalam pelaksanaan
                              projek supaya ia dapat dikawal dan diminimakan. Risiko yang dikenal pasti boleh
                              digunakan  oleh  Agensi  dalam  penilaian  tender  iaitu  sama  ada  cadangan  yang



                                                         26
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41