Page 33 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 33

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


               2.2  Peruntukan

                     2.2.1    Agensi  hendaklah  memastikan  Anggaran  Peruntukan  Belanja  Mengurus  atau
                              Belanja  Pembangunan  bagi  perolehan  ICT  yang  akan  dilaksanakan  telah
                              diluluskan dan mencukupi.

                     2.2.2    Penentuan peruntukan perlu mengambil kira semua aspek yang terlibat seperti
                              skop projek, kompleksiti projek, lokasi projek, sumber tenaga kerja, perkakasan,
                              perisian,  sumber-sumber  lain  yang  diperlukan,  latihan,  integrasi  dengan  sistem
                              aplikasi sedia ada atau penglibatan Agensi lain dan sebagainya.


               2.3  Kajian Pasaran

                     Agensi  hendaklah  membuat  kajian  pasaran  bagi  mendapatkan  maklumat  berhubung
                     dengan  teknologi  terkini,  produk  yang  ditawarkan,  harga  pasaran  serta  maklumat
                     pembekal. Kakitangan Agensi yang menguruskan perolehan ICT digalakkan mewujudkan
                     jalinan yang baik dengan kakitangan Agensi  lain yang terlibat dalam bidang tugas yang
                     sama  supaya  boleh  berkongsi  maklumat  dan  pengalaman  berhubung  aktiviti  perolehan
                     ICT yang dilaksanakan dan isu-isu spesifik berkaitan aktiviti tersebut.


               2.4  Penentuan Skop Dan Cost Benefit Analysis

                     2.4.1    Agensi hendaklah mengambil kira peruntukan Kerajaan dan prinsip perbelanjaan
                              berhemah  bagi  memastikan  skop  perolehan  ICT  adalah  memenuhi  keperluan
                              sebenar dan perolehan yang dilaksanakan akan memberi nilai faedah terbaik. Isu-
                              isu berikut perlu diberi perhatian dalam menetapkan skop perolehan:

                        (a)  Perolehan  ICT  yang  dicadangkan  hendaklah  memenuhi  keperluan  dan  dapat
                              direalisasikan  dalam  tempoh  yang  ditetapkan  berdasarkan  peruntukan  yang
                              diluluskan.

                        (b)  Tahap keupayaan barangan/sistem aplikasi yang diperlukan oleh Agensi.

                        (c)  Perolehan  yang  dicadangkan  hendaklah  dapat  memberi  nilai  faedah  terbaik
                              dengan  mengambil  kira  keupayaan  sistem  (contohnya  ruang  storan  dan  saiz
                              memori)  bagi  tempoh  sekurang-kurangnya  tiga  (3)  tahun  selepas  tarikh  siap
                              projek  serta  mengambil  kira  total  cost  of  ownership (kos projek,  pentadbiran,
                              khidmat sokongan dan penyelenggaraan).


               2.5  Penentuan Perkhidmatan Penyelenggaraan & Sokongan

                     2.5.1    Agensi  perlu  memberi  keutamaan  untuk  melaksana  sendiri  perkhidmatan
                              penyelenggaraan dan khidmat sokongan bagi projek ICT.

                     2.5.2    Sekiranya  Agensi  ingin  melaksanakan  perkhidmatan  penyelenggaraan  dan
                              sokongan bagi projek ICT secara out sourcing, keperluan transfer of technology
                              perlu diambil kira di dalam skop pelaksanaan projek.



                                                         23
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38