Page 35 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 35

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                     2.6.2    Agensi  digalakkan  menggunakan  produk  Off-The-Shelf atau  produk  yang telah
                              dibangunkan untuk Agensi lain (Perkongsian Pintar) sekiranya memenuhi kriteria
                              berikut:

                        (a)  Mengurangkan risiko kegagalan secara signifikan.

                        (b)  Dapat diimplementasi dengan cepat dan mendapat faedah dengan segera.

                        (c)  Melibatkan kos yang lebih murah dari alternatif lain.

                     2.6.3    Sekiranya   Agensi   memilih    untuk   membangunkan      produk    (produk
                              developmental)  sama  ada  secara  in-house ataupun  outsourcing/co-sourcing,
                              pastikan keperluan yang ditetapkan memenuhi kehendak sebenar organisasi dan
                              risiko yang mungkin timbul adalah pada tahap yang boleh diterima (acceptable
                              level of risks).

                     2.6.4    Sekiranya  Agensi  kurang  pengetahuan  dan  kepakaran  dalaman,  kaedah
                              outsourcing boleh  dipilih  bagi  menjamin  kejayaan  sesuatu  projek.  Agensi
                              hendaklah  memastikan  supaya  keperluan  dan  Terms  of  Reference untuk
                              outsourcing difahami dengan jelas oleh pihak-pihak yang berkaitan.

                     2.6.5    Agensi  boleh  memperoleh  perisian  komputer  daripada  pembuat  perisian  atau
                              pembekal tunggal/agen tunggal secara rundingan terus selaras dengan SPP yang
                              berkuat kuasa. Agensi perlu memastikan syarikat pembekal tunggal/agen tunggal
                              berkenaan mempunyai surat lantikan yang sah daripada pembuat perisian.

                     2.6.6    Agensi  juga  digalakkan  untuk  mendapatkan  input  daripada  Agensi  lain  yang
                              menggunakan  perisian/produk  yang  sama  bagi  memastikan  fungsi  serta
                              keupayaan  perisian/produk  yang  hendak  diperoleh  benar-benar  menepati
                              keperluan serta perbandingan harga dapat dibuat.


               2.7  Penentuan Jangkamasa/ Jadual Pelaksanaan

                     2.7.1    Penetapan Skop Dan Jadual Pelaksanaan

                              Agensi hendaklah mengenal pasti skop dan jadual pelaksanaan projek sama ada
                              Agensi  akan  memperoleh  keseluruhan  projek  sekaligus  atau  secara  berasingan
                              atau berperingkat.

                     2.7.2    Penentuan Tempoh Penyerahan

                        (a)   Agensi  hendaklah  memastikan  bahawa  tempoh  penyerahan  yang  ditetapkan
                              untuk  sesuatu  projek  adalah  munasabah. Perkara ini perlu diteliti dengan
                              mendalam  terutamanya  untuk  perolehan  pembangunan  sistem  aplikasi  yang
                              turut  melibatkan  prototype,  Proof  Of  Concept (POC), proses pemasangan,
                              pengujian,  antara  muka,  integrasi,  pentauliahan  (commissioning),  latihan,
                              awareness, change management dan lain-lain.





                                                         25
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40