Page 34 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 34
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
2.5.3 Agensi hendaklah mengenal pasti perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan
yang diperlukan dengan mengambil kira jumlah, kadar, skop dan tempoh
perkhidmatan yang diperlukan kerana ia memberi kesan kepada kos keseluruhan
(whole life cost) perolehan.
2.5.4 Agensi hendaklah memastikan perolehan perkhidmatan penyelenggaraan dan
sokongan bagi perkakasan/perisian/sistem aplikasi/rangkaian dan lain-lain
berkaitan dengan projek ICT dirancang untuk dilaksanakan selepas tamat
tempoh waranti.
2.5.5 Agensi hendaklah memastikan kos perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan
diperincikan dan tidak ditetapkan secara lump sum. Kos alat ganti perlu
diasingkan dan ditetapkan siling. Bayaran hendaklah dibuat berdasarkan kerja
sebenar yang disiapkan.
2.5.6 Bagi projek pembangunan sistem aplikasi, Agensi hendaklah memastikan kos
penyelenggaraan sistem aplikasi tidak dimasukkan dalam kos kontrak projek
pembangunan sistem aplikasi. Walau bagaimanapun, Agensi boleh mendapatkan
anggaran kos perkhidmatan penyelenggaraan daripada syarikat sebagai panduan
untuk pelaksanaan perkhidmatan penyelenggaraan selepas tamat tempoh
waranti.
2.5.7 Bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan yang melibatkan kekangan
teknologi, design atau infrastruktur seperti perkhidmatan rangkaian, Agensi
disarankan supaya menetapkan tempoh kontrak minimum dua (2) tahun.
2.5.8 Agensi hendaklah memastikan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan
yang dibuat meliputi sekurang-kurangnya perkhidmatan berikut:
(a) Pembaikan (Corrective)
Pembaikan yang dilakukan ke atas perkakasan/perisian/sistem aplikasi yang
disebabkan oleh kerosakan, bugs dan sebagainya.
(b) Pencegahan (Preventive)
Tindakan proaktif yang dibuat secara berkala untuk memastikan perkakasan/
perisian/ sistem aplikasi beroperasi dengan lancar dan sempurna.
2.6 Pemilihan Produk
2.6.1 Agensi hendaklah memastikan produk yang dipilih berasaskan open standard
serta memberi keutamaan kepada produk yang berasaskan teknologi sumber
terbuka (open source). Agensi juga digalakkan melaksanakan dasar Perkongsian
Pintar selaras dengan peraturan yang dikeluarkan oleh MAMPU, JPM.
24