Page 49 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 49

34   PELAN PELAKSANAAN                                                                                                                                                                              PELAN PELAKSANAAN
                                                                                                                                                                                                                 GEOPARK NEGARA
              GEOPARK NEGARA

               BAB 4          KOMPONEN 2: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
               WARISAN BIOLOGI


               4.1     PENGENALAN



                       Sumber  warisan  biologi  merujuk  kepada  pelbagai  spesies  flora  dan  fauna
               istimewa  seperti  spesies  berkepentingan,  spesies  asas  atau  teras  (key  species),

               spesies  nadir  (rare  species),  spesies  terancam  (endangered  species),  spesies
               berkepentingan sains, spesies yang mempunyai hubungkait dengan budaya tempatan

               yang penting dan spesies berkualiti estetik. Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber
               warisan biologi merupakan salah satu  kriteria penting dalam geopark.


                       Pengenalan konsep biotapak adalah untuk mempromosi nilai warisan biologi

               bagi  tujuan  pemeliharaan,  pemuliharaan,  dan  geopelancongan  bagi  meningkatkan
               kesedaran  awam  mengenai  kepentingan  sumber  warisan  biologi.  Oleh  kerana

               geotapak  adalah  komponen  utama  di  dalam  sesebuah  geopark,  maka  pemilihan
               biotapak  di  dalam  atau  berhampiran  geotapak  dapat  menghubungkaitkan  warisan

               biologi dengan warisan geologi dalam pembangunan geotrail.

                       Selain biotapak, sumber warisan biologi turut dipulihara di dalam pelbagai entiti

               pemeliharaan dan pemuliharaan seperti Hutan Simpan Kekal, Taman Negeri, Taman

               Negara,  Taman  Laut,  Tapak  Ramsar,  Rizab  Biosfera,  dan  Tapak  Warisan  Dunia.
               Konsep  dan  mekanisme  pemuliharaan  dalam  entiti  berlainan  ini  tertakluk  kepada

               perundangan agensi masing-masing.



                       4.1.1  Definisi



                          a)  Hutan Simpan Kekal


                              Merujuk  kepada  kawasan  ditumbuhi  pokok-pokok  secara  meliar  dan

                              bercampur-campur  yang  telah  diwartakan  di  bawah  Seksyen  2  Akta
                              Perhutanan  Negara  dengan  kelulusan  Kerajaan  Negeri  berdasarkan

                              enakmen  dan  ordinan  negeri  masing-masing.  Terdapat  11  jenis
                              fungsi/pengkelasan  di  dalam  Hutan  Simpan  Kekal  iaitu  Hutan
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54