Page 50 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 50

PELAN PELAKSANAAN                                                                    PELAN PELAKSANAAN       35
 GEOPARK NEGARA                                                                           GEOPARK NEGARA


                              Pengeluaran,  Hutan  Perlindungan,  Hutan  Kawasan  Banjir,  Hutan

                              Tadahan Air, Hutan Perlindungan Hidupan Liar, Hutan Simpanan Hutan
                              Dara,  Hutan  Lipur,  Hutan  Pelajaran,  Hutan Penyelidikan,  Hutan  Bagi


                              Maksud Persekutuan dan Hutan Taman Negeri.


                          b)  Taman Negara

                              Taman Negara adalah kawasan yang diwartakan untuk memelihara dan

                              melindungi  hidupan  liar,  hidupan  tumbuh-tumbuhan  dan  benda-benda

                              yang mempunyai kepentingan daripada segi geologi, arkeologi, sejarah
                              dan  etnologi  dan  lain-lain  kepentingan  daripada  segi  sains  dan

                              pemandangan,  dan  melalui  pemeliharaan  dan  penggunaannya  untuk
                              memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.

                              (Akta 226 Taman Negara, 1980).


                          c)  Taman Laut

                              Taman Laut adalah suatu kawasan di perairan perikanan Malaysia yang

                              diwartakan  bagi  tujuan  memberi  perlindungan  khas  kepada  flora  dan

                              fauna akuatik di kawasan itu atau di sebahagian daripada kawasan itu
                              dan  untuk  melindungi,  memelihara  dan  mengawal  tapak  pembiakan

                              semula  jadi  dan  habitat  hidupan  akuatik,  dengan  memberi  perhatian
                              yang khusus kepada spesies flora dan fauna yang luar biasa atau yang

                              mendatangkan bahaya. (Akta Perikanan, 1985).


                          d)  Tapak Ramsar

                              Tapak  Ramsar  ialah  tapak  tanah  lembap  yang  ditetapkan  untuk

                              kepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar, juga dikenali

                              sebagai The Convention on Wetlands, sebuah perjanjian alam sekitar
                              antara kerajaan yang ditubuhkan pada 2 Februari 1971 di Ramsar, Iran

                              oleh UNESCO, yang berkuat kuasa dari 21hb. Disember,1975. Tapak
                              Ramsar  adalah  berkepentingan  bagi  konservasi  tanah  lembap.

                              Berdasarkan Artikel 1.1, The Ramsar Convention definisi tanah lembap

                              ialah  kawasan  paya,  gambut  atau  berair  sama  ada  terbentuk  secara
                              semula jadi atau buatan; kekal atau sementara; dengan kehadiran air

                              yang  bertakung  atau  mengalir;  air  tawar,  air  payau,  atau  air  masin,
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55