Page 52 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 52
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 37
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
UNESCO 1972 dan diguna pakai dalam 1975. Tapak warisan dunia
terbahagi kepada 10 kriterion yang terdiri daripada 6 set kriterion
warisan budaya dan 4 set kriterion warisan alam tabii termasuk sumber
warisan biologi.
4.2 KONSEP
Pengurusan warisan biologi lestari adalah pendekatan pemuliharaan secara
holistik terhadap pelbagai spesies dan komuniti endemik yang terdedah kepada
pelbagai bentuk ancaman termasuk pembangunan pelancongan tanpa kawalan.
Pengurusan warisan biologi lestari dilaksanakan dengan penglibatan dan kerjasama
pelbagai pihak berkepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti
pelancongan atau pemuliharaan sumber biologi negara.