Page 6 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 6
RINGKASAN
EKSEKUTIF
EXECUTIVE SUMMARY
Buku ini mengandungi Pelan Pelaksanaan Geopark Negara (PLGN)
yang diwujudkan sebagai panduan yang komprehensif bagi memastikan
pihak-pihak berkepentingan sama ada di peringkat agensi Persekutuan
dan Negeri dalam melaksanakan pengurusan pembangunan geopark
negeri yang holistik dan sistematik ke arah pengiktirafan di peringkat
Geopark Kebangsaan dan juga di peringkat global. Penyediaan PLGN
adalah selaras dengan garis panduan yang dinyatakan dalam dokumen
Operational Guideline for UNESCO Global Geopark (UGGp), 2016.
Dokumen ini turut menggariskan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan
tapak-tapak (termasuk warisan geologi, biologi dan budaya) yang telah
dikenalpasti berserta penglibatan pelbagai pihak-pihak berkepentingan
yang berkaitan bagi menjaminkan kelestarian (sustainability) geopark.
Terdapat 11 komponen pengurusan geopark yang dirangkumkan di
dalam PLGN iaitu Pemeliharaan Warisan Geologi, Pemeliharaan
dan Pemuliharaan Warisan Biologi, Pemerkasaan Warisan Budaya,
Pengurusan Sumber bagi Menangani Isu Alam Sekitar dan Perubahan
Iklim, Perancangan Guna Tanah dan Pembangunan Fizikal, Penglibatan
Komuniti Tempatan, Pendidikan Awam, Jaringan Hubungan,
Geopelancongan, Kelestarian Dana dan Tadbir Urus (Governans).
This book contains the National Geopark Implementation Plan (PLGN)
which was created as a comprehensive guide to ensure that stakeholders
at both the Federal and State agency levels implement holistic and
systematic state geopark development management towards recognition
at the national Geopark level and also at the global level. The preparation
of PLGN aligns with the guidelines in the document Operational Guideline
for UNESCO Global Geopark (UGGp), 2016.
This document also outlines aspects of the preservation and conservation
of sites (including geological, biological and cultural heritage) that have
been identified along with the involvement of various related stakeholders
to ensure the sustainability of the geopark. 11 geopark management
components are summarized in the PLGN, namely Geological Heritage
Preservation, Biological Heritage Preservation and Conservation,
Cultural Heritage Empowerment, Resource Management to Address
Environmental Issues and Climate Change, Land Use Planning and
Physical Development, Local Community Involvement, Public Education,
Networking, Geotourism, Fund Sustainability and Governance.
v