Page 8 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 8

PRAKATA



                 YANG BERHORMAT
                 MENTERI SUMBER ASLI, ALAM
                 SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC)







                 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Malaysia Madani,

                 Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
                 semua pihak yang telah terlibat dalam menerbitkan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara
                 (PLGN) ini.

                 Dengan terbitnya PLGN ini, Saya berharap ia akan menjadi panduan yang komprehensif
                 dan lebih berkesan dalam memandu kita mengambil tindakan di dalam aspek pengurusan
                 sesebuah  Geopark Negeri  atau pihak  berkepentingan  yang berminat. Saya berharap
                 semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat akan menggunakan pelan ini sepenuhnya
                 dalam memastikan pengurusan sesebuah kawasan Geopark akan lebih terurus seterusnya
                 keterjaminan aset sumber asli (termasuk geologi, mineral, hutan, tanah, flora dan fauna)
                 dapat dipelihara dan dipulihara dengan baik.

                 PLGN ini telah menggariskan elemen strategi, fokus bidang serta tindakan-tindakan semua
                 jabatan dan agensi kerajaan yang relevan sama ada diperingkat Persekutuan dan Negeri
                 yang terlibat agar dapat digembleng secara bersepadu dan menyeluruh untuk kemampanan,
                 inklusif serta kelestarian sesebuah kawasan tapak warisan alam semula jadi khususnya
                 Geopark. Saya percaya  sekiranya  pelan  ini digunakan  sebagai  panduan  kepada  pihak
                 berkepentingan, ianya berupaya menyumbang kepada ekonomi komuniti setempat serta
                 dijadikan sebagai tatapan generasi masa kini dan akan datang.

                 Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak
                 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan pelan ini.



                 YB TUAN NIK NAZMI BIN NIK AHMAD
                 MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN
                 PERUBAHAN IKLIM (NRECC)




















                                              vii
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13