Page 12 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 12

PRAKATA



                 KETUA PENGARAH
                 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)





                 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Malaysia Madani,

                 Jabatan  Mineral dan  Geosains  Malaysia  (JMG) telah menjalankan  aktiviti pemetaan
                 geologi  warisan sejak tahun 1990an untuk membangunkan kawasan geopark demi
                 memelihara  dan memulihara sumber warisan semula jadi di negara kita.  Konsep
                 pembangunan  geopark  melibatkan  tiga elemen  penting  iaitu  pendidikan,  pemuliharaan
                 serta pembangunan secara lestari untuk memastikan sumber warisan geologi, biologi dan
                 budaya kita terpelihara dan pada masa yang sama, membolehkan penggunaan sumber
                 warisan tersebut untuk pembangunan lestari serta memperkasakan ekonomi masyarakat
                 tempatan.

                 Dalam  pembangunan  sesebuah  geopark,  pendidikan  masyarakat  tempatan  dan  orang
                 ramai adalah penting kerana ia boleh mengubah  tanggapan  masyarakat tentang nilai
                 sebenar warisan semula jadi kita. Justeru itu, bagi memastikan matlamat untuk memulihara
                 alam sekitar dan sumber warisan tercapai maka pihak JMG  dan Bahagian Geosains,
                 NRECC telah berkerjasama dengan agensi-agensi berkepentingan serta kumpulan pakar
                 berkaitan khususnya dalam penghasilan dokumen Pelan Pelaksanaan Geopark Negara.
                 Gerak kerja ini telah melibatkan wakil NRECC, JMG Negeri, PLANMalaysia, Universiti
                 Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia
                 (UUM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM).

                 Sehubungan itu, dengan membangunkan dokumen Pelan Pelaksanaan Geopark Negara
                 holistik  diharapkan  berupaya  memacu pelaksanaan  berimpak  tinggi  dan hasil  yang
                 nyata, selari dengan visi dan misi Jabatan/Kementerian. Seterusnya, PPGN 2021-2030
                 akan menjadi asas gerak kerja daripada aspek merancang, mengurus dan melaksana
                 pembangunan sesebuah Geopark secara bersistem, terurus serta mengikut piawai yang
                 ditetapkan pihak Jawatankuasa Geopark Kebangsaan dan UNESCO Global Geopark.

                 Akhir  sekali,  saya  berharap semoga  dokumen  PPGN ini  dapat  memberi  hala  tuju dan
                 panduan yang jelas kepada Jabatan dan Agensi sama ada di peringkat Persekutuan dan
                 Negeri dengan jayanya.


                 YBRS. ENCIK ZAMRI BIN RAMLI
                 KETUA PENGARAH
                 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)












                                              xi
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17