Page 17 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 17

2    PELAN PELAKSANAAN                                                                                                                                                                              PELAN PELAKSANAAN
                                                                                                                                                                                                                 GEOPARK NEGARA
              GEOPARK NEGARA




              BAB 1           PENGENALAN



               1.1     LATAR BELAKANG


                       Geopark ialah kawasan geografi di mana tapak dan landskap yang mempunyai

               kepentingan geologi bertaraf antarabangsa diuruskan dengan konsep perlindungan,
               pendidikan,  dan  pembangunan  lestari  yang  holistik.  Geopark  pertama  telah

               dibangunkan  di  Eropah  pada  tahun  2001  di  bawah  European  Geopark  Network

               (EGN).  Pada  tahun  2004,  Global  Geopark  Network  (GGN)  yang  disokong  oleh
               UNESCO  telah  ditubuhkan  dan  pada  tahun 2015  inisiatif  ini  telah  diiktiraf  menjadi

               program  rasmi  UNESCO  yang  dinamakan  UNESCO  Global  Geopark  Program

               (UGGP).


                       Geopark pertama di Malaysia ialah Langkawi Geopark, ditubuhkan pada tahun
               2006 dan diiktiraf sebagai Global Geopark pada 1 Julai 2007 tanpa mempunyai pelan

               pengurusan geopark dan tanpa melalui Jawatankuasa Geopark Kebangsaan. Pelan
               Pengurusan Langkawi Geopark hanya diwujudkan pada tahun 2012. Jawatankuasa

               Pelaksana  Geopark  hanya  diwujudkan pada  tahun  2013, manakala  Jawatankuasa
               Geopark Kebangsaan ditubuhkan pada tahun 2015.



                       Jawatankuasa  Geopark  Kebangsaan  diletakkan  di  bawah  Kementerian
               Sumber  Asli  dan  Alam  Sekitar  (kini  Kementerian  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  dan

               Perubahan Iklim (NRECC) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian.
               Jawatankuasa  Geopark  Kebangsaan  merasakan  keperluan  untuk  menyediakan

               sebuah  Pelan  Pelaksanaan  Geopark  Negara  sebagai  garis  panduan  yang

               komprehensif  untuk  dilaksanakan  oleh  pelbagai  pihak  berwajib  bagi  memastikan
               kelancaran pembangunan geopark kebangsaan dan geopark global.


                       Pelan  Pelaksanaan  Geopark  Negara  ini  dibangunkan  berasaskan  kepada

               beberapa pelan pengurusan geopark sedia ada seperti Pelan Pengurusan Langkawi
               Geopark,  Pelan  Pengurusan  Gombak  Hulu  Langat  Geopark,  dan  Pelan  Tindakan

               Pembangunan Warisan Jerai Geopark.
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22