Page 20 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 20
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 5
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
1.4 ASAS KEPERLUAN
Pelan ini disediakan bagi:
a. Menyelaraskan EMPAT asas penubuhan sesebuah geopark iaitu aspek warisan
geologi bernilai antarabangsa, keboleh lihatan, pengurusan dan jaringan (rujuk
Rajah 1).
b. Memenuhi kriteria dalam Operational Guideline for UNESCO Global Geopark
(UGGp) (2016).
c. Mempersiapkan geopark ke arah status Geopark Kebangsaan/UGGp.
d. Mewujudkan kerangka badan pengurusan bagi mengurus pembangunan
geopark secara berterusan dan lestari.
e. Membantu dalam penyediaan dossier.
f. Memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) (2030) khususnya SDG
Rajah 2: Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) (2030).
1,3,4,5,6,8,11,12,13,14,15,16 dan 17 seperti dalam Rajah 2.
1.5 DASAR DAN PERUNDANGAN SEDIA ADA
Seperti yang dinyatakan dalam kriteria tujuh Operational Guideline for UNESCO
Global Geopark (UGGp) (2016), pelaksanaan geopark perlu menghormati
perundangan negara yang sedia ada. UGGp tidak menetapkan keperluan
menyediakan atau menggubal perundangan khusus untuk pelaksanaan geopark di
peringkat kebangsaan. Undang-undang akan ditafsirkan dan dilaksanakan selaras
dengan aspirasi negara yang termaktub dalam dasar-dasar seperti berikut:
a. Dasar Pembangunan Luar Bandar
Dasar Pembangunan Luar Bandar mengandungi 10 teras yang berkait
langsung dengan pembangunan dan pengurusan geopark, antaranya
Rajah 1: Falsafah penubuhan geopark menurut UNESCO 2016. menggariskan kepentingan ekonomi berdaya saing dan mapan;
keusahawanan pemacu pembangunan ekonomi; modal insan berkualiti;