Page 23 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 23

8    PELAN PELAKSANAAN                                                                                                                                                                              PELAN PELAKSANAAN
                                                                                                                                                                                                                 GEOPARK NEGARA
              GEOPARK NEGARA












                                                                                     Mengiktiraf tapak warisan
                   Menyenarai, menilai dan            Melindungi geotapak             dan geopark di peringkat
                   mengemas kini senarai             sebagai tapak warisan          kebangsaan dan seterusnya
                         geotapak                        dan geopark                 mendapat pengiktirafan di
                                                                                      peringkat antarabangsa
                                                                                     (UNESCO Global Geopark)



                              Rajah 3: Tiga langkah pelaksanaan geopark dalam RFN4.



                       g.    Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (2016-2025)


                             Strategi  Pelaburan  dalam  ekopelancongan;  Konsesi  pelancongan;

                       Sinergi    antara     pemeliharaan      dan     ekopelancongan;       Pemasaran
                       ekopelancongan;  dan  Kluster  ekopelancongan  dalam  pelan  ini  menyokong

                       pembangunan geopark dan geopelancongan.


                       h.    Agenda Perbandaran Baharu (APB)

                             Dokumen APB diterima pakai oleh 170 buah negara pada tahun 2016
                       termasuk  struktur  tadbir  urus,  inklusif  sosial,  pembangunan  spatial,

                       kemakmuran bandar dan kelestarian persekitaran. Ia menyatakan komitmen

                       untuk  melindungi,  memelihara,  memulih  dan  menggalakkan  ekosistem,  air,
                       habitat semula jadi, biodiversiti dan mengurangkan kesan alam sekitar. Agenda

                       ini  turut  menyentuh  tentang  pembangunan  bandar  mampan  dengan

                       meningkatkan  produktiviti  ekonomi  menerusi  tenaga  buruh  dengan  akses
                       kepada  peluang  menjana  pendapatan,  pengetahuan,  kemahiran  dan

                       kemudahan pendidikan. APB menggariskan keperluan melibatkan orang asli
                       dan  komuniti  tempatan  dalam  promosi  dan  penyebaran  pengetahuan

                       berkenaan warisan budaya.
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28