Page 27 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 27
12 PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN
GEOPARK NEGARA
GEOPARK NEGARA
BAB 2 KOMPONEN GEOPARK
2.1 PENGENALAN
Sesebuah geopark perlu menepati tujuh (7) kriteria penting bagi merealisasi
wawasan untuk diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan dan UNESCO Global Geopark
(UGGp) berlandaskan Operational Guideline for UNESCO Global Geopark (2016).
Kriteria geopark ini merupakan asas bagi setiap kali penilaian dilakukan
terhadap sesebuah geopark di peringkat kebangsaan atau global. Pelaksanaan
kriteria geopark merupakan asas kepada Pelan Pelaksanaan Geopark Negara yang
dibahagikan kepada 11 komponen seperti dalam Bab 3 hingga Bab 13.
2.2 KRITERIA GEOPARK
Berikut adalah penjelasan terhadap tujuh kriteria geopark yang perlu dipenuhi:
a. Kriteria Pertama (I). Geopark perlulah merupakan satu kawasan geologi tunggal
dan bersepadu yang mempunyai tapak dan landskap geologi berkepentingan
antarabangsa. Kawasan ini diuruskan di bawah konsep perlindungan,
pendidikan, penyelidikan dan pembangunan lestari yang holistik.
• Kawasan geopark perlu mempunyai satu sempadan yang digariskan
secara ketara.
• Kawasan geopark perlu mempunyai keluasan secukupnya untuk
memenuhi fungsinya.
• Kawasan geopark mesti mengandungi warisan geologi bertaraf
antarabangsa.
b. Kriteria Kedua (II). Geopark wajarlah menghubungkaitkan warisan geologi,
bersama aspek-aspek warisan semula jadi dan budaya kawasan tersebut untuk
menggalakkan kesedaran isu-isu penting yang melanda masyarakat dalam
konteks dinamik bumi. Kesedaran boleh dipupuk melalui pendekatan-
pendekatan berikut, termasuklah: