Page 29 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 29

14   PELAN PELAKSANAAN                                                                                                                                                                              PELAN PELAKSANAAN
                                                                                                                                                                                                                 GEOPARK NEGARA
              GEOPARK NEGARA

                   f.  Kriteria  Keenam  (VI).  Geopark  digalakkan  untuk  berkongsi  pengalaman  dan

                       memberikan khidmat nasihat, serta menjalankan projek bersama dengan ahli lain

                       dalam Jaringan Geopark Global (GGN).


                   g.  Kriteria Ketujuh (VII). Geopark wajarlah menghormati undang-undang nasional

                       dan tempatan yang berkaitan dengan perlindungan sumber warisan geologi.


                          •  Tapak warisan geologi dalam kawasan geopark yang telah dikenal pasti
                              perlu dilindungi melalui undang-undang sebelum permohonan dibuat.



                          •  Pada masa yang sama, geopark perlu mempengaruhi usaha ke arah

                              perlindungan warisan geologi di peringkat tempatan dan kebangsaan.


                          •  Perbadanan  pengurusan  tersebut  tidak  boleh  mengambil  bahagian

                              secara langsung dalam penjualan objek geologi dalam geopark seperti
                              fosil, mineral dan batuan.



                          •  Aktiviti penjualan bahan geologi yang tidak lestari perlu dihalang secara
                              aktif.



                          •  Kebenaran boleh diberikan kepada pengumpulan bahan geologi secara
                              lestari  untuk  tujuan  saintifik  dan  pendidikan  dari  tapak  yang  boleh

                              diperbaharui secara semula jadi dalam geopark.


                          •  Perdagangan bahan geologi berdasarkan sistem ini boleh dibenarkan

                              sekiranya dijelaskan dengan baik kepada umum, diberi justifikasi dan
                              dikawal  selia.  Keadaan  seperti  ini  hendaklah  mendapat  kelulusan

                              Jawatankuasa  Pelaksana  Geopark  mengikut  keadaan  berdasarkan

                              konteks setiap geopark yang dicalonkan atau yang telah diiktiraf.
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34