Page 33 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 33
18 PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN
GEOPARK NEGARA
GEOPARK NEGARA
BAB 3 KOMPONEN 1: PEMELIHARAAN WARISAN GEOLOGI
3.1 PENGENALAN
Sumber warisan geologi (SWG) adalah komponen terpenting dalam sesebuah
geopark (kriteria I dan II) yang perlu dipelihara untuk dimanfaatkan secara lestari oleh
generasi sekarang dan akan datang. Penggunaan SWG secara lestari menjadikan
geopark sebagai satu entiti yang menjuarai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di
peringkat global. Ini amat bertepatan dengan slogan UNESCO Global Geopark
“Celebrating Earth Heritage, Sustaining Local Communities”.
3.1.1 Pemeliharaan Sumber Warisan Geologi Malaysia
Inisiatif mempromosikan kepentingan sumber warisan geologi telah
bermula seawal 1990an. Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM)
diwujudkan pada tahun 1996 memfokus kepada pembangunan sumber
warisan geologi di seluruh negara dan potensi penggunaan secara lestari
melalui pendekatan geopelancongan, penyelidikan saintifik dan sokongan
polisi sedia ada. KWGM dianggotai oleh penyelidik pelbagai bidang diterajui
oleh Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI UKM) dan Jabatan
Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
Satu pangkalan data sumber warisan geologi telah diwujudkan pada
tahun 2001 untuk dibangunkan oleh JMG dan kerajaan negeri. Antaranya
pembangunan industri geopelancongan di beberapa tapak tumpuan
pelancongan sedia ada dan baru. Kemuncak kejayaan adalah pengiktirafan
Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark pada tahun 2007. Rentetan
daripada kejayaan awal, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Projek
Penilaian Potensi Pembangunan Geopark untuk Pengekalan dan
Pemuliharaan Sumber Semula Jadi Negara dalam Rancangan Malaysia ke- 11.
3.2 KONSEP
Sumber warisan geologi (SWG) ditakrifkan sebagai sumber kepelbagaian