Page 35 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 35

20   PELAN PELAKSANAAN                                                                                                                                                                              PELAN PELAKSANAAN
                                                                                                                                                                                                                 GEOPARK NEGARA
              GEOPARK NEGARA


                       3.2.5  Geopelancongan

                       Geopelancongan adalah konsep yang menyediakan kemudahan perkhidmatan
                       termasuk interpretasi yang membolehkan pelancong menimba pengetahuan

                       dan  pemahaman  tentang  geologi  dan  geomorfologi  di  sesuatu  tapak

                       melangkaui tahap penghayatan estetik semata-mata (Hose, 1995).



               3.3     PENDEKATAN PEMELIHARAAN



               Sumber  warisan  geologi  (SWG)  boleh  dimanfaatkan  oleh  semua  pihak  untuk
               kepentingan  ekonomi,  kesejahteraan  sosial  dan  jati  diri  melalui  pelbagai  cara.

               Berikut adalah beberapa pendekatan yang diguna pakai di beberapa buah negara
               untuk penggunaan sumber warisan geologi (SWG).




                       3.3.1  Geotapak


                       Geotapak  ialah  tapak  atau  landskap  geologi  yang  mempunyai  nilai  warisan

                       saintifik  yang  tinggi  dan/atau  nilai  estetik,  rekreasi  dan  budaya  dengan
                       kehadiran yang langka (rare), serta penting untuk memahami sejarah geologi

                       dan hubung kait antara geologi dengan sistem ekologi.





                       3.3.2  Tapak Terpelihara


                       Konsep  pemeliharaan  khusus  untuk  geotapak  yang  mempunyai  satu  atau

                       beberapa fitur geologi dan landskap yang mempunyai nilai warisan tinggi dan

                       mudah terjejas (fragile).


                       3.3.3  Monumen Geologi


                       Konsep pemeliharaan khusus untuk tapak yang mewakili satu sistem geologi
                       dengan landskap berpemandangan indah yang mempunyai nilai warisan tinggi.
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40