Page 36 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 36
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 21
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
3.3.4 Taman Geologi
Konsep pemeliharaan bagi kawasan yang memiliki satu atau kombinasi
beberapa sistem geologi dan/atau landskap yang mempunyai nilai warisan
saintifik tinggi.
3.3.5 Geoforest Park
Konsep pemeliharaan dan pemuliharaan yang berasaskan hubungan antara
batuan, landskap, flora dan fauna bernilai warisan tinggi yang membentuk
kompleks ekosistem tersendiri.
3.3.6 Landskap Berpemandangan Indah
Kawasan luas yang mempunyai sistem landskap yang menunjukkan sifat
keindahan, kemegahan atau tarikan pada fitur rupabumi dan geomorfologi
bernilai warisan tinggi dilihat daripada titik/sudut pandang tertentu.
3.3.7 Geopark
Geopark ialah kawasan geografi di mana tapak dan landskap yang mempunyai
kepentingan geologi bertaraf antarabangsa diuruskan dengan konsep
perlindungan, pendidikan, dan pembangunan lestari yang holistik.