Page 34 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 34
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 19
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
geologi yang mempunyai nilai-nilai saintifik, estetik, budaya dan rekreasi yang tinggi
dan perlu dimanfaatkan secara lestari serta dipelihara untuk diwariskan kepada
generasi akan datang sebaiknya dalam bentuk seperti asal.
Berikut adalah beberapa istilah yang lazim digunakan untuk merujuk kepada
beberapa aspek dalam pemeliharaan SWG seperti yang telah diterbitkan oleh Jabatan
Mineral dan Geosains Malaysia pada tahun 2021:
3.2.1 Geodiversiti
Merujuk kepada kepelbagaian unsur geologi dan alam fizikal seperti mineral,
batuan, tanah, fosil, bentuk muka bumi, proses geologi dan proses
geomorfologi aktif (IUCN, 2022).
3.2.2 Tapak Warisan Geologi
Tapak warisan geologi adalah kawasan yang mempunyai kepelbagaian geologi
bernilai saintifik yang berpotensi digunakan untuk meningkatkan pemahaman
tentang geologi sesuatu kawasan untuk tujuan pendidikan.
3.2.3 Objek Warisan Geologi
Objek warisan geologi perlu dipelihara dalam simpanan rasmi JMG di bawah
Arkib Penyiasatan Kajibumi (Subseksyen 15(1), Akta Penyiasatan Kajibumi
1974).
3.2.4 Geologi Pemeliharaan
Geologi pemeliharaan merupakan bidang ilmu untuk pembangunan SWG
secara lestari melalui pengenalpastian, pencirian, penilaian dan penarafan
sumber warisan; SWG dipelihara melalui pendekatan pemuliharaan dan
pelancongan; dalam konsep geopark SWG diintegrasi dengan sumber warisan
tabii, budaya dan tradisi.