Page 28 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 28
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 13
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
• Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang proses
geologi, bencana geologi, dan perubahan iklim.
• Penggunaan sumber asli yang lestari.
• Evolusi kehidupan dan pemerkasaan komuniti Orang Asli.
c. Kriteria Ketiga (III). Geopark hendaklah merupakan suatu kawasan yang
mempunyai badan pengurusan sah dari segi perundangan negara. Badan
pengurusan tersebut perlu diberi mandat yang meliputi keseluruhan kawasan
geopark.
d. Kriteria Keempat (IV). Sekiranya kawasan yang dipohon untuk menjadi kawasan
geopark bertindih dengan tapak UNESCO yang lain seperti Tapak Warisan
Dunia ataupun Rizab Biosfera, permohonan tersebut perlu disokong dengan
justifikasi dan bukti yang perlu. antara lain:
• Geopark boleh menambah nilai kepada tapak UNESCO tersebut secara
sendirinya.
• Geopark boleh menambah nilai kepada tapak UNESCO tersebut secara
bersama dan saling melengkapi.
e. Kriteria Kelima (V). Geopark perlu melibatkan secara aktif komuniti setempat dan
komuniti Orang Asli sebagai pihak berkepentingan dalam geopark. Penglibatan
aktif boleh dilaksanakan melalui:
• Penggubalan dan pelaksanaan pelan pengurusan hasil kerjasama
dengan komuniti setempat. Pelan pengurusan tersebut perlu memenuhi
keperluan sosial dan ekonomi populasi setempat, melindungi landskap
setempat, dan memulihara identiti budaya tempatan.
• Semua yang berkenaan dari semua peringkat termasuk pihak berkuasa
perlu dilibatkan dalam pelan pengurusan.
• Kearifan, amalan, dan sistem pengurusan tempatan/tradisional perlu
diambilkira bersama jurusan saintifik dalam perancangan dan
pengurusan kawasan tersebut.