Page 22 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 22
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 7
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
e. Rancangan Malaysia Kedua-belas (RMKe-12)
RMKe-12 menggariskan beberapa dasar berkaitan geopark, antara lain
memelihara dan memulihara aset ekologi negara; mengurus sumber dan
kepelbagaian geologi; memastikan pemeliharaan dan perlindungan warisan
kebudayaan dalam proses perancangan fizikal dan kawalan pembangunan;
menerapkan kolaborasi dan perkongsian strategi dalam pembangunan
geopark; dan menekankan perkongsian amalan baik di kalangan komuniti
geopark di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Secara khususnya, perihal geopark dibincangkan di dalam Bab 8 iaitu
Mempercepatkan Pertumbuhan Hijau untuk Kemampanan dan Daya Tahan,
Bidang Keutamaan B di mana Mengurus Sumber Asli Dengan Cekap Bagi
Melindungi Aset Semula Jadi iaitu pengurusan sumber asli yang cekap akan
memastikan kemampanan aset semula jadi. Ia dilaksanakan di bawah Strategi
B3 memperkukuh penggunaan sumber asli secara mampan. Keperluan
menyediakan Pelan Pengurusan Geopark dinyatakan secara khusus di bawah
Strategi B3.
f. Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4)
Keperluan pemeliharaan geopark digariskan dalam Strategi KD2.4:
Mengurus Sumber dan Kepelbagaian Geologi dan Tindakan KD 2.4A iaitu
keperluan untuk mengenal pasti, mengiktiraf dan menguruskan tapak
berkepentingan geologi. Rajah 3 menunjukkan tiga langkah pelaksanaan
geopark yang telah digariskan dalam RFN4.