Page 21 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 21
6 PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN
GEOPARK NEGARA
GEOPARK NEGARA
prasarana lengkap dan canggih; keunggulan generasi belia luar bandar; wanita
luar bandar yang progresif; kehidupan luar bandar yang sejahtera; sistem
penyampaian dan tadbir urus berkesan; biodiversiti dan alam sekitar mampan
dan perumahan, pembangunan wilayah dan penempatan desa bersepadu.
b. Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (BK) (2016-2025)
Dasar ini mensasarkan rakyat Malaysia mempunyai kesedaran berkaitan
nilai biodiversiti dan langkah-langkah yang mereka boleh lakukan untuk
memelihara dan menggunakan sumber secara mampan. Pemeliharaan
biodiversiti menjadi keutamaan dalam perancangan pembangunan negara.
Dasar dan pelan sektoral disediakan supaya biodiversiti diuruskan secara
mampan di samping mempromosikan pemeliharaan biodiversiti. Kawasan
daratan yang signifikan termasuk koridor ekologi marin akan dikenal pasti dan
dilindungi.
c. Dasar Pelancongan Negara (2020-2030)
Dasar Pelancongan Negara mewujudkan zon khas pelaburan
pelancongan; melaksanakan pelancongan mapan dan bertanggungjawab;
membangunkan modal insan bagi pembangunan produk Ekopelancongan;
Pelancongan Pengembaraan; Pelancongan Budaya Dan Warisan serta
Pelancongan Berasaskan Komuniti. Semua dasar ini seiring dengan hasrat
geopark dan geopelancongan.
d. Dasar Perubahan Iklim Negara (2009)
Dasar Perubahan Iklim Negara memastikan pembangunan yang berdaya
tahan terhadap perubahan iklim bagi memenuhi aspirasi negara dalam
menerajui kelestarian. Cara utama bagi mencapai pembangunan lestari di
Malaysia adalah melalui penggunaan sumber asli secara lestari serta
keseimbangan tindakan adaptasi dan mitigasi dalam mencapai pembangunan
yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim.