Page 18 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 18
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 3
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
1.2 OBJEKTIF
Pelan Pelaksanaan Geopark Negara disediakan untuk dijadikan panduan
kepada pihak yang berhasrat membangunkan sesebuah geopark di dalam kawasan
yang bersesuaian. Pelan ini dibuat selaras dengan garis panduan yang dinyatakan
dalam dokumen Operational Guideline for UNESCO Global Geopark (UGGp) (2016).
Dengan demikian, Malaysia dapat membangunkan geopark bertaraf antarabangsa
yang setara dengan UGGp.
Pelan ini dibangunkan bagi menyokong agenda geopark kebangsaan yang
menjadi hasrat Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
(NRECC) sebagai agensi yang bertanggungjawab menyelaras inisiatif pembangunan
geopark di Malaysia dan jaringan geopark di peringkat kebangsaan dan global.
Dalam merealisasikan agenda pembangunan geopark negara, agensi yang
dilantik oleh kerajaan negeri/wilayah persekutuan selaku pelaksana geopark
disyorkan mengguna pakai dokumen ini sebagai panduan membangun dan mengurus
geopark.
1.3 DEFINISI
Pelan Pelaksanaan Geopark Negara merupakan satu dokumen bagi
menyelaraskan pembangunan dan pengurusan sesuatu geopark dengan usaha dan
penglibatan pelbagai pihak berkepentingan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),
agensi-agensi kerajaan dan swasta, komuniti epistemi, badan profesional, masyarakat
setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pelan ini mengenal pasti agensi mengurus dan melaksana serta bidang kuasa
dan tanggungjawab ke atas sesebuah geotapak, tapak warisan; geoarkeologi, biologi,
sejarah dan budaya. Pelan ini menggariskan semua aspek pemeliharaan dan
pemuliharaan tapak-tapak yang telah dikenal pasti bagi menjamin kelestarian
geopark.