Page 77 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 77

62   PELAN PELAKSANAAN                                                                                                                                                                              PELAN PELAKSANAAN
                                                                                                                                                                                                                 GEOPARK NEGARA
              GEOPARK NEGARA


                BAB 6   KOMPONEN 4: PENGURUSAN SUMBER BAGI MENANGANI
               ISU ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM



               Pengurusan  sumber  alam  sekitar  adalah  termasuk  pengurusan  sumber  udara,

               pengurusan sumber air, pengurusan sumber hutan, pengurusan sumber mineral dan
               bahan batuan, pengurusan sisa pepejal, dan pengurusan bahan kimia. Kesiapsiagaan

               terhadap  perubahan  iklim  dan  isu  alam  sekitar  ditangani  melalui  strategi-strategi
               seperti yang digariskan di dalam Dasar Perubahan Iklim Negara bagi memastikan

               pembangunan  yang  berdaya  tahan  terhadap  perubahan  iklim  memenuhi  aspirasi

               negara dalam menerajui kelestarian alam.

                Pelan ini selaras dengan tindakan-tindakan strategik bagi mengukuhkan daya tahan

                negara terhadap impak perubahan iklim. Tindakan strategik tersebut termasuk:

                      i.  mengarusperdanakan perubahan iklim;
                     ii.  mengintegrasikan respons adaptasi dan mitigasi secara seimbang; dan

                     iii.  meningkatkan  keupayaan  institusi  dan  pelaksanaan  melalui  penyelarasan
                          tindakan-tindakan dasar yang bersepadu.


                Perubahan  iklim  dan  cuaca  keterlaluan  boleh  mengakibatkan  bencana  alam,

                antaranya  kenaikan  paras  laut,  banjir,  tanah  runtuh,  hakisan  pantai  dan  tanah,

                kemarau,  kebakaran  hutan  dan  jerebu,  di  samping  memberi  kesan  ke  atas
                keselamatan  dan  kesihatan  manusia,  menggugat  ekonomi  negara,  dan  juga

                menyebabkan  perubahan  kepada  alam  semula  jadi  dan  landskap  binaan  (Dasar

                Perubahan Iklim Negara, 2009).


                Bagi  menangani  isu  perubahan  iklim  dan  penggunaan  sumber  asli  secara  lestari,
                beberapa  strategi  dan  tindakan  telah  digariskan  mengikut  pengurusan  sumber

                berlainan secara berasingan (rujuk 6.1 – 6.6).
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82