Page 81 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 81
66 PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN
GEOPARK NEGARA
GEOPARK NEGARA
6.2 PENGURUSAN SUMBER AIR
6.2.1 Pengenalan
Setiap negara sentiasa memberi penekanan kepada sumber air yang
merupakan nadi kehidupan. Sumber air di Malaysia berdepan dengan pelbagai
isu seperti banjir, kemarau, pencemaran dan kesan perubahan iklim yang
memerlukan tindakan pencegahan, pemuliharaan dan penyesuaian. Oleh yang
demikian, pengurusan sumber air yang cekap dan berkesan merupakan fokus
utama untuk pengekalan dan kelestarian sumber air di negara ini. Pertambahan
penduduk dan pembangunan ekonomi yang pesat menyebabkan permintaan
negara untuk air bagi memenuhi keperluan harian semakin meningkat dan juga
memberi ancaman pencemaran air sekiranya sumber air tidak diurus tadbir
dengan baik.
Pengurusan sumber air memerlukan pembangunan maklumat yang piawai,
terselaras dan bersepadu untuk dikongsi bersama oleh pihak berkepentingan
terutama di peringkat kerajaan negeri. Ini akan memudahkan pelaksanaan
pengurusan sumber air bersepadu dalam melindungi integriti sumber air, alam
sekitar, ekosistem dan warisan semula jadi.
Objektif umum pengurusan sumber air yang berkesan dalam geopark ialah
untuk:
i. Memastikan penggunaan sumber air dilaksanakan secara optima dan
dibangunkan secara lestari.
ii. Pembangunan sumber air bersepadu perlu ada bagi memastikan
bekalan air dan sumber air baru dapat diurus tadbir dengan baik.
6.2.2 Konsep
Sumber air perlu dilihat sebagai satu proses kitaran daripada bentuk wap,
kepada cecair dan pepejal. Sumber air bersih semulajadi boleh diperolehi dari
air permukaan, air bawah tanah, air laut yang dinyahgaram dan air terguna
yang telah dirawat.