Page 78 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 78
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 63
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
6.1 PENGURUSAN SUMBER UDARA
6.1.1 Pengenalan
UNESCO Global Geopark mementingkan pemahaman tentang beberapa isu
yang paling mendesak hari ini seperti perubahan iklim dan penggunaan sumber
bumi. Isu perubahan iklim perlu ditangani melalui tiga langkah iaitu mitigasi,
dengan melaksanakan inisiatif rendah karbon; adaptasi, dengan mengambil
langkah praktikal untuk menyediakan wilayah dan komuniti bagi menangani
kesan perubahan iklim; dan daya tahan komuniti, dengan mendidik dan
mempersiapsiagakan komuniti tempatan yang berdaya tahan terhadap
perubahan iklim.
Geopark mendokong tindakan menangani kesan perubahan iklim selaras
dengan Sustainable Development Goal Sasaran 13.2 iaitu menyepadukan
ukuran perubahan iklim ke dalam semua dasar, strategi dan pelan negara.
Sasaran ini diukur berdasarkan dua petunjuk, salah satunya ialah jumlah
pelepasan gas rumah kaca (greenhouse) setiap tahun. Untuk mengelakkan
impak bencana, pelepasan karbon dioksida (CO₂) perlu berkurangan kira-kira
43 peratus menjelang 2030 dan mencapai sifar bersih pada 2050.
Perjanjian Paris (Paris Agreement, 2016) menetapkan sasaran penurunan 7.6
peratus setahun, pelepasan gas rumah kaca bermula 2020.
6.1.2 Konsep
Bendasing udara didefinisikan sebagai asap, jelaga, habuk, abu (termasuk abu
berterbangan) arang, hancuran zarah pejal dari apa-apa jenis, termasuk zarah,
gas, wap, kabus, bau dan bahan radioaktif yang terbebas daripada pembakaran
bahan api dan bahan-bahan yang seumpamanya.
Kesan rumah kaca didefinisikan sebagai pemanasan permukaan bumi dan
troposfera disebabkan kehadiran wap air, karbon dioksida (CO2), metana dan
gas-gas lain dengan kadar berlebihan di udara.