Page 10 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 10

PRAKATA


          KETUA SETIAUSAHA
          KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM
          SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC)






          Assalamualaikum w.b.t dan Salam Malaysia Madani,

          Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 (PPGN 2021-2030) merupakan satu elemen penting dalam
          pengurusan sesebuah Geopark dan merupakan tahap perancangan tertinggi yang memperlihatkan hala tuju
          sesebuah Geopark Kebangsaan seterusnya ke arah pengiktirafan UNESCO Global Geopark pada jangka masa
          panjang yang disasarkan untuk tempoh 10 tahun (2021-2030). Menyedari akan kepentingan ini, satu dokumen
          yang komprehensif telah dihasilkan bagi dijadikan rujukan dan panduan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar
          dan Perubahan Iklim (NRECC) serta agensi yang berkepentingan di peringkat Persekutuan dan Negeri pada
          masa kini dan masa hadapan, di mana gerak kerja inisiatif pembangunan PPGN 2021-2030 telah dimulakan
          sejak penghujung tahun 2019.

          Keperluan untuk mempunyai strategi dan program yang berkesan dilihat sangat wajar memandangkan permintaan
          semasa agenda pembangunan negara serta hasrat Kerajaan Negeri atau agensi yang berminat bagi menjadikan
          kawasan-kawasan yang berpotensi untuk pengiktirafan Geopark Kebangsaan dan UNESCO Global Geopark.
          Justeru, dalam usaha mendepani cabaran selain memenuhi ekspektasi pemegang taruh dan pelanggan, kedua-
          dua pelan ini dibangunkan dengan mengkonsolidasi peranan, fungsi dan keperluan Kementerian, Jabatan serta
          agensi sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri secara bersistem, terurus dan pemuliharaan sumber
          warisan alam semula jadi termasuk tapak geologi berkepentingan tinggi, tapak biologi serta tapak budaya.

          Sehubungan  itu, pendekatan  ‘the whole of government‘  dan ‘the whole of society’ telah diadaptasi  bagi
          membangunkan  dokumen  PPGN 2021-2030  secara  holistik  seterusnya  berupaya  memacu  pelaksanaan
          berimpak tinggi dan hasil yang nyata, selari dengan visi dan misi Kementerian. Penentu kejayaan pelaksanaan
          pelan ini juga dicetus dengan kerjasama strategik dan komitmen daripada semua pihak berkepentingan sesuai
          dengan misi NRECC ‘Menerajui Tadbir Urus Sumber Asli Secara Bersepadu untuk Kesejahteraan  Negara’.
          Dalam hal ini, NRECC mengguna pakai konsep pembangunan geopark yang menerapkan elemen pendidikan,
          pembangunan lestari dan pemuliharaan sumber warisan (geologi, biologi dan budaya).

          Pelan ini perlu dilaksanakan  dengan  lancar dan terselaras. Dalam hubungan  ini, Jawatankuasa  Geopark
          Kebangsaan dibentuk dan berperanan bagi memastikan semua strategi dan program yang terkandung dalam
          dalam dokumen ini dapat dilaksanakan dan memenuhi piawai yang ditetapkan. Syabas kepada seluruh warga
          kerja Bahagian Geosains, NRECC dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta agensi-agensi,
          pakar-pakar bidang berkaitan yang telah sama-sama menggembleng  tenaga dalam penghasilan  dokumen
          PPGN 2021-2030 pada tahun ini. Akhir sekali, saya berharap semoga penerbitan dokumen ini dapat memberi
          hala tuju dan panduan yang jelas kepada Jabatan dan Agensi sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri
          dengan jayanya.


          YBHG. DATO’ HJ. ROSLI BIN ISA
          KETUA SETIAUSAHA
          KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN
          PERUBAHAN IKLIM (NRECC)



                                              ix
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15