Page 12 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 12

PRAKATA



            KETUA PENGARAH
            JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)





            Assalamualaikum w.b.t dan Salam Malaysia Madani,

            Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menjalankan aktiviti Pemetaan Warisan Geologi
            sejak  tahun  1990an  untuk membangunkan  kawasan  Geopark  demi  memelihara  dan  memulihara
            sumber warisan semula jadi di negara kita. Konsep pembangunan Geopark melibatkan tiga elemen
            penting iaitu pendidikan, pemuliharaan serta pembangunan secara lestari untuk memastikan sumber
            warisan geologi, biologi dan budaya kita terpelihara dan pada masa yang sama, membolehkan kita
            menggunakan sumber warisan tersebut untuk pembangunan lestari serta memperkasakan ekonomi
            masyarakat tempatan.

            Dalam pembangunan sesebuah geopark, pendidikan masyarakat tempatan dan orang ramai adalah
            penting kerana ia boleh mengubah tanggapan masyarakat tentang nilai sebenar warisan semula jadi
            kita. Justeru itu, bagi memastikan matlamat untuk memulihara alam sekitar dan sumber warisan tercapai
            maka pihak JMG dan Bahagian Geosains (BG), Kementerian Sumber Asli, Tenaga dan Perubahan Iklim
            (NRECC) telah berkerjasama dengan agensi-agensi berkepentingan serta kumpulan pakar berkaitan
            khususnya dalam penghasilan dokumen Pelan Pembangunan  Geopark Negara 2021-2030  (PPGN
            2021-2030). Di mana gerak kerja ini telah melibatkan wakil NRECC (dahulunya KeTSA), JMG Negeri,
            Jabatan  Perancangan  Bandar  dan  Desa  (PLANMalaysia), Universiti  Kebangsaan  Malaysia  (UKM),
            Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi
            (PPL-UKM).

            Sehubungan itu, dengan membangunkan dokumen PPGN 2021-2030 ini diharapkan berupaya memacu
            pelaksanaan berimpak tinggi dan hasil yang nyata, selari dengan visi dan misi Jabatan/Kementerian.
            Seterusnya, PPGN 2021-2030 akan menjadi asas gerak kerja dari aspek merancang, mengurus dan
            melaksana pembangunan sesebuah Geopark secara bersistem, terurus serta mengikut piawai yang
            ditetapkan pihak Jawatankuasa Geopark Kebangsaan dan UNESCO Global Geopark.

            Akhir sekali, saya berharap semoga dokumen PPGN  2021-2030  ini dapat memberi hala tuju dan
            panduan yang jelas kepada Jabatan dan Agensi sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri dengan
            jayanya.

            YBRS. ENCIK ZAMRI BIN RAMLI
            KETUA PENGARAH
            JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)













                                              xi
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17