Page 17 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 17

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030



               1.0  PENGENALAN



                       Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 adalah suatu dokumen yang
               disediakan untuk pihak berkepentingan menggerakkan pembangunan geopark dalam

               memelihara  serta  memulihara  sumber  warisan  semula  jadi  dan  budaya  di  seluruh
               negara. Dokumen ini akan dijadikan panduan kepada semua pihak berkepentingan

               dalam  gerak  kerja  membangunkan  kawasan  yang  kaya  dengan  khazanah

               kepelbagaian  geologi  bernilai  kebangsaan  dan  antarabangsa  sebagai  Geopark
               Kebangsaan  dan  seterusnya  diangkat  ke  peringkat  antarabangsa  untuk  mendapat

               pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp).

                        Geopark  Global  UNESCO  menggunakan  warisan  geologi  yang  dikaitkan

               dengan  semua  aspek  warisan  semula  jadi  yang  lain  dan  warisan  budaya  untuk
               meningkatkan  kesedaran  dan  pemahaman  tentang  isu  utama  yang  dihadapi

               masyarakat  seperti  menggunakan  sumber  bumi  secara  mampan,  mengurangkan

               kesan perubahan iklim dan bencana alam. Dengan meningkatkan kesedaran tentang
               kepentingan warisan geologi dalam sejarah dan masyarakat hari ini, Geopark Global

               UNESCO menimbulkan rasa bangga dan mengukuhkan identiti masyarakat tempatan
               terhadap  wilayah  mereka.  Geopark  Global  UNESCO  merangsang  pewujudan

               perusahaan tempatan yang inovatif, peluang pekerjaan baharu dan latihan berkualiti
               tinggi  yang  akan  menjana  sumber  pendapatan  baharu  melalui  industri

               geopelancongan di samping melindungi sumber warisan geologi (UNESCO, 2016).

               Wawasan ini telah menjadikan geopark sebagai agenda utama negara seluruh dunia
               dalam membangunkan sumber warisan semula jadi.


                       Geopark ialah konsep untuk membangun dan menguruskan sumber warisan
               geologi,  biologi,  budaya  dan  sejarah  secara  lestari  dan  holistik  berasaskan

               pendekatan  ‘Pengurusan  Bersama’  atau  ‘Co-management’.  Idea  geopark  telah
               dibangunkan pada awal tahun 2000 oleh gerakan di Eropah, China dan Malaysia.

               Walau  bagaimanapun,  usaha  membangunkan  sumber  warisan  geologi  untuk
               pemuliharaan  dan  pelancongan  di  Malaysia  masih  belum  mempunyai  mekanisme

               pembangunan yang bersesuaian.

                       Pada  awal  tahun  2000,  United  Nation  Educational,  Scientific  and  Cultural

               Organization (UNESCO) telah membuat kajian awalan ‘Program Geopark Global’ dan

               seterusnya  membentangkannya  kepada  Lembaga  Eksekutif  UNESCO  untuk
         2
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22