Page 18 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 18

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030





               dilaksanakan. Ketika itu, UNESCO membuat keputusan untuk memberikan bantuan

               teknikal kepada Negara Ahli yang berhasrat membangunkan Geopark Global masing-
               masing.  Pada  tahun  2004,  Bahagian  Sains  Bumi  UNESCO  mewujudkan  Global

               Geoparks Network (GGN) dengan 25 ahli Global Geopark di Eropah dan China. Maka
               bermulalah  sejarah  perkembangan  Global  Geopark  di  seluruh  dunia.  GGN  telah

               bertindak sebagai Badan Jaringan Global Geopark Antarabangsa pada 2013.

                       Sejak tahun 2004, pembangunan Geopark Global telah diurus oleh Biro GGN

               dengan  bantuan  Bahagian  Sains  Bumi,  UNESCO  Paris.  Sehingga  tahun  2015,
               sebanyak 120 Global Geopark telah berjaya diwujudkan di 38 buah negara.  Pada

               tahun  2015,  Persidangan  Agung  UNESCO  telah  meluluskan  International

               Geosciences  and  Geoparks  Program  (IGGP)  iaitu  program  kerjasama  antara
               UNESCO  dan  GGN  dan  Geopark  Global  menjadi  program  penuh  dan  dinamakan

               UGGp. Program ini terus berkembang dan sehingga tahun 2021 sebanyak 177 UGGp
               berjaya dibangunkan di 46 buah negara.


                       Pada tahun 2007, Langkawi Geopark telah diterima menjadi ahli GGN ke-52,
               dan pertama di Asia Tenggara. Usaha pembangunan geopark secara bersistem di

               Malaysia bermula pada tahun 2013 apabila Kumpulan Warisan Geologi Malaysia yang
               dianggotai oleh sekumpulan pakar dan pencinta warisan geologi dan geopark telah

               membentuk Jawatankuasa Pelaksana Geopark yang kemudiannya dipersetujui oleh

               Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) pada masa itu. Pada tahun 2015,
               Mesyuarat  Jemaah  Menteri  bersetuju  menubuhkan  Jawatankuasa  Geopark

               Kebangsaan sebagai badan tertinggi pelaksanaan agenda Geopark Kebangsaan di

               Malaysia.  Ketua  Setiausaha  Kementerian  Tenaga  dan  Sumber  asli  (KeTSa)
               merupakan  pengerusi  Jawatankuasa  Geopark  Kebangsaan.  Manakala,  Jabatan

               Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi
               pelaksana utama dalam pelaksanaan pembangunan geopark dan sumber warisan

               geologi di Malaysia.

                       Sehingga  tahun  2023,  Malaysia  telah  mempunyai  dua  (2)  UNESCO  Global

               Geopark  UGGp  iaitu  Langkawi  UGGp  Kinabalu  UGGp  serta  tujuh  (7)  Geopark
               Kebangsaan iaitu Jerai Geopark, Geopark Lembah Kinta, Lenggong Geopark, Labuan

               Geopark, Sarawak Delta Geopark, Gombak-Hulu Langat Geopark dan Stong Geopark

               seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Sasaran pembangunan geopark seterusnya
               ditunjukkan di dalam Jadual 2.
                                                                                                              3
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23