Page 23 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 23
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
Faedah pembangunan geopark sebagaimana yang telah dibuktikan oleh UGGp
sejak 2015 adalah ke arah; (i) memelihara dan memulihara warisan geologi yang
masih tertinggal berbanding pemuliharaan tabii yang lain, (ii) memperkenalkan
pemuliharaan terintegrasi (hubungan geologi-biologi-budaya), (iii) membangun
geotapak sebagai produk pelancongan baharu berinovasi, (iv) mewujudkan peluang
pekerjaan baharu kepada komuniti setempat dan membangun perniagaan
berasaskan geopark (perniagaan komuniti melalui koperasi), (v) memperkasa pihak
berkepentingan melalui kaedah pengurusan bersama, (vi) mewujudkan sebuah
wilayah yang mengamalkan pembangunan lestari dan (vi) membangunkan kawasan
yang masih terpinggir daripada arus pembangunan.
Bukti di UGGp seluruh dunia telah menunjukkan pendekatan geopark telah
berjaya membangunkan wilayah di dalam UGGp. Merujuk kepada pengalaman,
Sepanyol sebagai contoh negara yang memperkenalkan geopark sejak tahun 2000
dan menggunakan pendekatan geopark sepenuhnya dalam membangunkan negara.
Sehingga kini Sepanyol telah mempunyai 15 UGGp. Justeru itu, dengan kekayaan
warisan geologi, biodiversiti dan budaya di Geopark Kebangsaan, geopark
seharusnya dimanfaatkan sebagai agen pembangunan mampan dalam membangun
negara pada masa depan.
8