Page 25 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 25

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030


               2.0  UNESCO GLOBAL GEOPARK (UGGp)



                       Geopark  Global  UNESCO  ialah  kesatuan  kawasan  geografi  di  dalamnya
               terdapat  tapak  geologi  dan  landskap  yang  mempunyai  kepentingan  geologi

               antarabangsa,      diuruskan    dengan      konsep    perlindungan,     pendidikan     dan

               pembangunan mampan secara holistik.

                       Pada masa ini UGGp diuruskan oleh Majlis UGGp dengan kerjasama Jaringan

               Geopark Global (GGN) dan urus setia di UNESCO Paris. Permohonan menjadi UGGp
               perlu  mengikut  garis  panduan  khas  dan  dimajukan  kepada  UNESCO  Paris  oleh

               Pengurus  Geopark  melalui  Suruhanjaya  Kebangsaan  UNESCO  Malaysia  (SKUM).

               Semua UGGp wajib menjadi ahli GGN setelah diperakui sebagai UGGp. Jaringan
               kerjasama ini memberikan peluang kepada semua ahli geopark untuk perkongsian

               pelbagai maklumat, kepakaran dan peluang kerjasama baru di antara geopark global.

                       UGGp adalah ‘Jenama Berkualiti Global’ yang menjadi daya tarikan pelancong

               antarabangsa ke wilayah geopark. Berdasarkan maklumat terkini, kebanyakan UGGp

               di Asia Pasifik telah menarik 1.5 hingga 5 kali ganda jumlah pelancong berbanding
               sebelum  menjadi  geopark  (Young  Ng,  2017).  Dalam  kajian  yang  dijalankan  pada

               tahun 2017, Danxiashan UGGp di negara China berjaya menjana hasil sejumlah USD
               103  juta  setahun  (Global  Eco  Asia-Pacific  Conference  2017,  Adelaide  27  -  29

               November,  2017  oleh  Dr  Young  Ng).  Selain  itu,  Xingwen  UGGp  berjaya menjana
               sebanyak 380.94 juta USD/ 26.35 juta Yuan manakala Xiangxi UGGp berjaya pula

               menjana  36.82  bilion  USD/  25.5  bilion  Yuan  setahun  (UNESCO  Global  Geopark

               Network, Annual Report of 2020). Di Korea, Jeju UGGp berjaya menjana sebanyak
               4.52 trilion Won/ 342 bilion USD dengan bilangan purata pelancong sebanyak 8.7 juta

               orang (YuJin Lee et. al, 2018).

                       Langkawi sebagai UGGp yang ke-52 dunia dan pertama di Asia Tenggara telah

               menjadi rujukan kepada pembangunan UGGp Indonesia, Vietnam, Thailand dan Asia

               Pasifik  seperti  Jepun  dan  Korea.  Langkawi  UGGp  telah  menjana  pendapatan
               sebanyak  1.721  bilion  Ringgit  Malaysia/  386  juta  USD  dengan  jumlah  pelancong

               sebanyak  3.9  juta  orang  (GGN-Laporan  Tahunan  2019).  Perkembangan  terkini,
               Aspiring  UGGp  Kinabalu  Geopark  telah  dinilai  pada  Julai  2022  dan  dijangka

               diperakukan sebagai UGGp pada 2023.


                       Di  rantau  Asia Tenggara,  Indonesia  mempunyai  UGGp  terbanyak  iaitu  lima
         10    yang  terdiri  daripada  Batur  UGGp  (2012),  Gunung  Sewu  UGGp  (2015),  Rinjani
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30