Page 26 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 26
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
Lombok UGGp (2018), Ciletuh-Palabuhanratu UGGp (2018), Kaldera Danau Toba
UGGp (2020), diikuti oleh Vietnam sebanyak tiga iaitu Dong Van UGGp (2010), Cao
Bang UGGp (2018), Dak Nong UGGp (2018), dan Satun UGGp (2019) di Thailand.
2.1 WAWASAN UGGp MALAYSIA
a) Satu geopark kebangsaan diperakukan sebagai UGGp setiap tahun.
Malaysia merancang untuk mengangkat sekurang-kurangnya satu geopark
kebangsaan sebagai UGGp setiap tahun. Bagi memudahkan pengiktirafan di
peringkat UNESCO dan berdasarkan syarat-syarat semasa, aspiring UGGp
yang bakal diangkat mesti mempunyai perbezaan dari aspek kriteria geologi
dan geomorfologi yang unik, perbezaan identiti khusus lain (biologi dan
budaya) serta geografi kawasan yang berasingan daripada UGGp sedia ada di
dalam negara dan negara jiran.
Beberapa UGGp sedia ada dalam negara akan menjadi rujukan dan panduan
kepada aspiring geopark lain ke arah pembentukan UGGp di samping
memantapkan geopark kebangsaan.
b) Mengekalkan UGGp sedia ada dan berdaya saing
Mengekalkan UGGp sedia ada untuk kekal berdaya saing dan meningkatkan
keupayaannya dari pelbagai aspek terutamanya pengurusan, kesedaran
awam, penglibatan komuniti, promosi, produk pelancongan dan pameran.
c) Mewujudkan jalinan kerjasama antarabangsa antara UGGp (Sistership in
Geopark)
UGGp dalam negara perlu mengadakan jalinan antarabangsa dengan UGGp
dan geopark lain di luar negara untuk berkongsi maklumat, konsep pengurusan
dan kepakaran. Sehingga kini, Langkawi UGGp telah mengadakan jalinan
dengan Dali-Cangshan UGGp (China), Dong Van UGGp (Vietnam), Fangshan
UGGp (China), Jeju Island UGGp (Korea), Yimengshan UGGp (China), Zigong
UGGp (China), Muroto UGGp (Japan) dan Satun UGGp (Thailand).
11