Page 28 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 28

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030




                              Menggalakkan pemahaman yang lebih baik tentang konsep rangkaian

                              GGN di rantau ini.


                        III.   CCOP-KIGAM-IsGeo Symposium Regular Training Course on Aspiring

                              Geopark.


                              Committee  for  Geoscience  Programmes  in  East  and  Southeast  Asia

                              (CCOP)  -Korea  Institute  of  Geoscience  and  Mineral  Resources
                              (KIGAM)-International  School  for  Geoscience  Resources  (IS-Geo)

                              merupakan kursus berkala bagi Aspiring Geopark - Development and
                              Preparation diadakan di Cheongsong, Republik Korea. Objektif program

                              ini  ialah  menyelaras  pelaksanaan  program  geosains  gunaan  di  Asia

                              Timur dan Tenggara bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi
                              dan peningkatan kualiti hidup.


                       IV.    Regional Geoheritage Conference (RGC)


                             Regional  Geoheritage  Conference  (RGC)  merupakan  persidangan

                             tahunan yang dianjurkan secara bergilir dalam kalangan negara-negara

                             Malaysia, Indonesia dan Thailand. Antara objektif persidangan RGC ialah
                             bagi; (1) Meningkatkan pemahaman tentang nilai geowarisan yang lazim

                             diterima pakai; (2) Berkongsi pengalaman dalam pembangunan sumber
                             geowarisan  dan  geopelancongan  serantau;  dan  (3)  Mengukuhkan

                             rangkaian  dalam  pemuliharaan  geowarisan,  geopelancongan  dan

                             geopark dalam kalangan Negara-negara Asia Tenggara.


                        V.    Asia Pacific Geopark Network (APGN) Conference


                             Asia  Pacific  Geopark  Network  (APGN)  Conference  merupakan

                             persidangan berkala antarabangsa yang dianjurkan secara bergilir dalam
                             kalangan  negara  ahli  APGN.  Penyertaan  persidangan  APGN  adalah

                             terbuka  kepada  semua  yang  terlibat  dengan  pembangunan  geopark,
                             geopelancongan dan geologi warisan antarabangsa.


                                                                                                              13
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33