Page 27 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 27

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030




                   d)  Mewujudkan jalinan kerjasama dengan jaringan geopark antarabangsa


                       Program  jalinan  kerjasama  adalah  bertujuan  sebagai  pertukaran  wacana

                       kepakaran dan pembangunan keupayaan yang berterusan sudah menjadi satu
                       budaya  pembangunan  geopark  bersama  dalam  kalangan  ahli-ahli  geopark

                       Global Geopark Network (GGN), European Geopark Network (EGN) dan Asia
                       Pacific Geopark Network (APGN) dan Geopark Indonesia-Malaysia (MIGN).


                   e)  Menganjurkan Program Bina Upaya (Capacity Building)



                       Penganjuran  program  bina  upaya  secara  berkala  di  pelbagai  peringkat
                      dalaman dan antarabangsa seperti bengkel, kursus, latihan, persidangan dan

                      sebagainya bertujuan sebagai pentas untuk perkongsian maklumat, bantuan
                      kepakaran dan perundingan. Antara program yang telah dianjurkan ialah ;


                         I.   Penganjuran Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) –

                              Global Geopark Planning and Development Workshop.


                              Program  ini  dianjurkan  di  peringkat  antarabangsa.  Antara  objektif

                              program  ini  adalah;  (1)  Meningkatkan  kesedaran  kepada  pegawai
                              kerajaan  mengenai  geopark  dalam  mengharmonikan  sains  dan

                              teknologi  dengan  biodiversiti;  (2)  Mendalami  kepentingan  geopark,

                              pembangunan  yang  dilakukan  secara  terancang  sekitar  kawasan
                              sekeliling yang dilaksanakan secara mampan; dan (3) Perkongsian ilmu

                              dengan  peserta  luar  negara  tentang  bagaimana  pemeliharaan  serta
                              pemuliharaan  warisan  geologi  dilaksanakan  secara  lestari  di  negara

                              masing-masing.


                        II.   Kursus Latihan Rantau UGGp (Regional Training Courses on UGGp)


                              Program  ini  adalah  pada  peringkat  Asia  Pasifik.  Objektif  kursus  ini

                              adalah  untuk;  (1)  Meningkatkan  ketersambungan  ahli  GGN;  (2)
                              Berkongsi pengalaman, cabaran dan amalan terbaik untuk pengurusan

                              mampan daripada Geopark; (3) Menyebarkan dan bertukar-tukar idea

         12                   dan  pengetahuan  tentang  konsep  lestari  pembangunan;  dan  (4)
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32