Page 21 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 21
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
1.2 GEOPARK SEBAGAI AGEN PEMBANGUNAN NEGARA
Malaysia menyasarkan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2025 yang mana turut menekankan agenda pertumbuhan hijau,
melalui pembangunan rendah karbon, berdaya tahan dan inklusif serta penggunaan
sumber asli yang cekap. Pembangunan sosio-ekonomi akan beralih daripada
trajektori pembangunan konvensional “grow first, clean-up later” yang berkos tinggi
kepada trajektori pertumbuhan hijau yang akan memastikan pembangunan sosio-
ekonomi dilaksanakan secara mampan bermula pada peringkat perancangan dan
seterusnya pada peringkat pelaksanaan dan penilaian.
Pertumbuhan hijau sebagai pemacu pembangunan dan peneraju perubahan
untuk pembangunan mampan telah diketengahkan sebagai antara agenda semasa
Rancangan Malaysia KeSebelas (RMKe-11). Ia merangkumi tiga tonggak
pembangunan mampan iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar, seterusnya
meletakkan negara di kedudukan lebih baik untuk menghadapi cabaran masa
hadapan dengan lebih baik.
United Nations Environmental Programme (UNEP) mengtakrifkan “Green
Economy” sebagai “low carbon, resource efficient and socially inclusive. In a green
economy, growth in employment and income are driven by public and private
investment into such economic activities, infrastructure and assets that allow reduced
carbon emissions and pollution, enhanced energy and resource efficiency, and
prevention of the loss of biodiversity and ecosystem services. These green
investments need to be enabled and supported through targeted public expenditure,
policy reforms and changes in taxation and regulation. Natural capital as a critical
economic asset and a source of public benefits, especially for poor people whose
livelihoods depend on natural resources. The notion of green economy does not
replace sustainable development, but creates a new focus on the economy,
investment, capital and infrastructure, employment and skills and positive social and
environmental outcomes across Asia and the Pacific.
Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), pertumbuhan hijau
akan dipergiat untuk memastikan kemampanan dan daya tahan dengan melaksana
agenda pembangunan bersih, hijau dan berdaya tahan diteruskan melalui pendekatan
6