Page 8 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 8
PRAKATA
YANG BERHORMAT
MENTERI SUMBER ASLI, ALAM
SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Malaysia Madani,
Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua pihak yang telah terlibat dalam menerbitkan Pelan Pembangunan Geopark Negara
2021-2030 (PPGN 2021-2030) ini.
Dengan terbitnya PPGN 2021-2030 ini, Saya berharap ia akan menjadi panduan yang
komprehensif dan lebih berkesan dalam memandu kita mengambil tindakan bagi perancangan
dan way forward (hala tuju) ke arah mendapat pengiktirafan Geopark Kebangsaan dan
UNESCO Global Geopark (UGGp) untuk kawasan berpotensi negara mengikut piawai
yang ditetapkan. Saya berharap semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat akan
menggunakan pelan ini sepenuhnya dalam memastikan Agenda Matlamat Pembangunan
Lestari 2030 (SDGs) dapat dicapai melalui usaha merancakkan inisiatif pembangunan
sesebuah kawasan Geopark Negara.
PPGN 2021-2030 ini telah menggariskan elemen strategi, tatacara serta tindakan-tindakan
semua jabatan dan agensi kerajaan yang relevan sama ada di peringkat Persekutuan
dan Negeri yang terlibat agar dapat digembleng secara bersepadu dan menyeluruh untuk
kemampanan, inklusif serta kelestarian sesebuah kawasan Geopark. Saya percaya sekiranya
pelan ini digunakan sebagai panduan kepada pihak berkepentingan, maka inisiatif agenda
pembangunan Geopark berupaya menyumbang kepada ekonomi komuniti setempat serta
dijadikan sebagai tatapan generasi masa kini dan akan datang.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan pelan ini.
YB TUAN NIK NAZMI BIN NIK AHMAD
MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN
PERUBAHAN IKLIM (NRECC)
vii