Page 73 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 73

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030





                    RANCANGAN
           BIL.      STRUKTUR                  OBJEKTIF/ DASAR PERANCANGAN/ STRATEGI
                   NEGERI (RSN)



                                       RFN13:  Infrastruktur  dan  kemudahan  pelancongan  berkualiti  tinggi  perlu
                                       disediakan  bagi  mempertingkatkan  keselesaan  dan  keselamatan  pelancong
                                       tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar.


                                          l  RSNS – Produk pelancongan yang berpotensi akan diberi keutamaan
                                              di dalam penyediaan infrastruktur dan kemudahan pelancongan yang
                                              berkualiti  di  samping  mengambil  kira  kepentingan  penjagaan  alam
                                              sekitar.


                                       Teras 2: Ekonomi Berdaya Maju

                                       DASAR  RSC-DL1:  Negeri  Pahang  Sebagai  Hab  Pelancongan  dan
                                       Perkhidmatan di Peringkat Wilayah, Nasional dan Serantau

                                          l  STRATEGI  DL1-S1:  Memperkukuhkan  pembangunan  pelancongan
                                              berasaskan tiga zon utama Iaitu Zon Tanah Tinggi, Zon Semula Jadi
                                              Dan  Zon  Pesisiran  Pantai/Pulau  Bagi  Menjadikan  Negeri  Pahang
                                              Sebagai Destinasi Pelancongan Sepanjang Tahun.

                                                  o  L1S1-P1:  Membangunkan  pelancongan  Negeri  Pahang
                                                     berasaskan  kepada  tiga  zon  pelancongan  yang  ditetapkan
                                                     iaitu:


                                              Zon Pelancongan Semula Jadi – merentasi kawasan Pahang Tengah
                                              dari Daerah Jerantut, Lipis, Temerloh, Maran dan Bera


                                                  o  L1S1-P3: Pembangunan zon pelancongan semula jadi perlu
                                                     dipelihara dan diuruskan secara lestari.
           5.      RSN Pahang 2050
                                                  o  L1S1-P10:   Menggiatkan   pembangunan     produk-produk
                                                     pelancongan baharu dan tarikan berasaskan potensi sumber
                                                     jaya sedia ada.

                                              Potensi lokasi produk-produk pelancongan baharu di Negeri Pahang:
                                              Gua Batu Kapur di Merapoh, Lipis

                                          l  STRATEGI  DL1-S2:  Memperkukuhkan  dan  Menaik  Taraf  Negeri
                                              Pahang  Sebagai  Destinasi  Utama  Ekopelancongan  Bertaraf
                                              Antarabangsa
                                                  o  L1S2-P2: Mewujudkan Great Walk dengan konsep Jejak Alam
                                                     Semula Jadi bagi produk ekopelancongan Negeri Pahang

                                              Cadangan Great Walk: Gua Merapoh, Lipis

                                                  o  L1S2-P9: Mengukuhkan tarikan gua-gua di Merapoh sebagai
                                                     ekopelancongan Negeri Pahang.

                                                  o  L1S2-P10:    Sungai   Lembing   sebagai   bekas   tapak
                                                     perlombongan bersejarah dan perlu dipelihara.
         58
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78