Page 76 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 76
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
4.2 KE ARAH PEWUJUDAN DASAR GEOPARK NEGARA
Pembangunan geopark di Malaysia perlu dilakukan berdasarkan kepada suatu
dokumen yang menyatakan tindakan yang perlu dilaksanakan dan perlu dipatuhi.
Sehubungn dengan itu, suatu dasar yang dinamakan Dasar Geopark Negara perlu
diwujudkan bagi memastikan sumber warisan geologi negara dapat dimanfaatkan secara
lestari untuk kepentingan generasi sekarang dan generasi seterusnya.
Antara kandungan yang dicadangkan dalam pewujudan Dasar Geopark Negara adalah
seperti berikut :
A) Dasar Geopark Negara
National Geopark Policy
Kearah Pertumbuhan Hijau
Towards Green Development
B) Pernyataan Dasar
Policy Statement
Untuk mempertingkatkan sumbangan sektor geologi terhadap pembangunan
sosio-ekonomi negara melalui pembangunan sumber geologi yang efisien,
bersama sumber biologi, sejarah dan budaya setempat secara bertanggungjawab
dan lestari.
C) Objektif
Objective
Untuk membantu negara menjadi negara maju dengan konsep “Geopark” menjadi
sebagai agen utama mempercepatkan pertumbuhan hijau. Melaksanakan
pembangunan dengan pendekatan geopark sebagaimana yang telah dibuktikan
61