Page 78 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 78
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
Teras 8: Kelestarian Sumber Kewangan
Teras 9: Peningkatan Pendidikan & Kesedaran Awam
Teras 10: Promosi, Pemasaran dan Penjenamaan
Teras 11: Publisiti dan Perhubungan Awam
Teras 1: Pengembangan Sektor Geopark
Untuk mempertingkatkan sumbangan sektor geopark terhadap ekonomi dan
pemuliharaan warisan geologi, maka sektor ini perlu diperkembangkan dengan
cara:
i. Mengiktiraf kepentingan geopark sebagai agen pembangunan lestari
negara,
ii. Memperkasakan agensi yang berkait terus dengan geologi tentang
geopark iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
(NRECC), Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Geologi Malaysia,
Institut Geologi Malaysia, Persatuan Geologi Malaysia, Kumpulan Warisan
Geologi Malaysia, Jawatankuasa Geopark Kebangsaan, Jawatankuasa
Pelaksana Geopark dan Kurikulum Pendidikan Geologi,
iii. Memantapkan urus tadbir dan modal insan geopark negara.
iv. Menggalakkan kerajaan negeri menjadikan geopark sebagai agen
pembangunan wilayah dan melaksanakan perancangan guna tanah yang
bersepadu,
v. Menggalakkan pelaburan timbal balik dalam sektor geopark, dan
vi. Pelaksanaan Dasar Geopark Negara (DGN)
Teras 2: Penerajuan Alam Sekitar Dan Pertumbuhan Hijau
Untuk memastikan bahawa aktiviti pembangunan negara adalah merupakan
pembangunan lestari wilayah, maka, penerajuan alam sekitar perlu diterapkan
sepanjang proses pembangunannya. Ini akan dapat dicapai melalui:
i. Pelaksanaan langkah-langkah kawal selia dan kawal selia kendiri dalam
pengurusan geopark dengan mempertahankan liputan kawasan hijau
63