Page 79 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 79
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
melalui Penilaian Semula Geopark, disertai dengan sistem dan pelan
pengurusan bersepadu,
ii. Pengekalan pertumbuhan hijau menjadi teras pembangunan sosio
ekonomi negara dengan meraikan warisan alam,
iii. Selaras dengan dasar-dasar kerajaan pusat, negeri, pelan- pelan fizikal,
akta-akta serta perjanjian-perjanjian antarabangsa dan memenuhi
keperluan SDG,
iv. Pemastian perlindungan dan pelaksanaan pemeliharaan serta
pemuliharaan kepelbagaian khazanah semula jadi negara akan terus
dipertingkat dan progresif
v. Pemerkasaan komuniti setempat dengan menyediakan peluang ekonomi
baharu berasaskan pertumbuhan hijau, meningkatkan kebahagiaan dan
kesepaduan bangsa.
vi. Pelaksanaan pelaburan hijau, kitar semula dan merancang ke arah bandar
hijau
vii. Pelaksanaan Pelan Pembangunan dan Pengurusan Geopark yang
berkesan.
Teras 3: Perniagaan Geopelancongan Yang Kondusif
Persekitaran perniagaan yang kondusif adalah amat perlu bagi merangsang
pelaburan dalam sektor geopelancongan. Ini akan dapat dicapai melalui:
i. Pelaksanaan Pelan Perniagaan Geopelancongan yang berkesan.
ii. Menyediakan peluang ekonomi baharu dengan membangunkan
geoproduk- geotapak, geotrail dan produk sampingan lain sebagai produk
pelancongan baharu yang berinovasi dalam memperkasa ekonomi
komuniti setempat.
iii. Pelaksanaan pembangunan ekonomi masyarakat melalui perniagaan
geopark menerusi geopelancongan yang terintegrasi dengan produk
biologi, sejarah dan budaya seperti geoforest, geofood dan geoculture.
iv. Memastikan pemasaran geopelancongan terintegrasi dengan
pembangunan prasarana dan promosi yang bersepadu dan berterusan.
v. Memastikan penghasilan cenderamata geopelancongan berasaskan
produk ikonik wilayah geopark.
64