Page 82 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 82
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
Teras 7: Penglibatan Komuniti Dan Tanggungjawab Sosial
Kejayaan pembangunan sektor geopark memerlukan sokongan padu dan
penglibatan dari semua komuniti dan pihak- pihak yang berkepentingan. Ini akan
dapat dicapai melalui:
i. Pewujudan strategi pelarasan sosial yang boleh dilaksanakan yang
melibatkan kesemua pihak berkepentingan,
ii. Melibatkan komuniti dalam semua peringkat pengurusan, pelaksanaan dan
aktiviti geopark
iii. Pelaksanaan program pendidikan dan kesedaran awam yang berterusan
dan terancang untuk komuniti geopark
iv. Penyediaan khidmat sosial, keselamatan, kesihatan dan pendidikan yang
secukupnya untuk komuniti
v. Pelaksanaan program latihan bersepadu
vi. Pelaksanaan Pelan Pembangunan Komuniti untuk setiap geopark
Teras 8: Kelestarian Sumber Kewangan
Sesebuah geopark seharusnya berupaya menjana sumber kewangan daripada
aktiviti ekonomi berasaskan geopark. Namun sebagai permulaan untuk
mewujudkan persekitaran perniagaan yang membolehkan sektor geopark
menjana dan beroperasi dengan sendiri secara lestari, pendanaan awal daripada
pihak kerajaan amat diperlukan. Ini adalah selari dengan hala tuju dasar negara
untuk menjana ekonomi melalui industri berimpak tinggi seperti pelancongan
selain menggalakkan pertumbuhan hijau demi mencapai pertumbuhan mampan.
Pembangunan sektor geopark memerlukan sumber kewangan yang mencukupi
dan dijana secara lestari. Ini dapat dicapai melalui:
i. Dana permulaan daripada sumber kerajaan persekutuan dan/atau
kerajaan negeri yang membantu melancarkan aktiviti ekonomi geopark.
ii. Inisiatif kerjasama awam-swasta (Public-private partnership) dalam
pengurusan sektor geopark yang mana kedua-dua pihak awam dan swasta
67