Page 85 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 85

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030





                     iii.   Mempromosi  dan  pemasaran  geopark,  geotapak,  geotrail  dan  produk-
                           produk berasaskan geopark secara tersusun, terselaras dan bersepadu,

                     iv.   Memperkasa latihan, kemudahan dan prasarana yang mencukupi untuk
                           pengurusan promosi, pemasaran dan penjenamaan

                     v.    Memanfaatkan  teknologi  IR4.0  untuk  membolehkan  capaian  maklumat

                           terintegrasi dengan mudah dan cepat.
                     vi.   Memperkasa  badan  penyelaras  yang  berkesan  dalam  bidang  promosi,

                           pemasaran dan penjenamaan


                    Teras 11: Publisiti Dan Perhubungan Awam


                    Publisiti  dan  perhubungan  awam  yang  efektif  adalah  kritikal  dan  merupakan

                    bahagian yang penting bagi menjayakan pembangunan sektor geopark. Ini akan
                    dapat dicapai melalui:



                      i.   Pendidikan  dan  penyebaran  maklumat  secara  berterusan  dan  efektif
                           kepada pihak awam;

                      ii.   Penglibatan  media,  organisasi  bukan  kerajaan  dan  kesemua  pihak
                           berkepentingan secara efektif; dan

                     iii.   Pengiktirafan terhadap individu dan organisasi yang telah menyumbang
                           secara signifikan kepada pembaikan dan kemajuan sektor Geopark.

                     iv.   Memperkasa latihan, kemudahan dan prasarana yang mencukupi untuk

                           pengurusan publisiti dan perhubungan awam.
                     v.    Memanfaatkan teknologi Industri Revolusi 4.0 (IR 4.0) untuk membolehkan

                           capaian maklumat terintegrasi dengan mudah dan cepat.
                     vi.   Memperkasa badan penyelaras yang berkesan dalam bidang publisiti dan

                           perhubungan awam

















         70
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90