Page 86 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 86
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
4.2.5 Pelaksanaan dan Penilaian
Implementation dan Evaluation
i. Penilaian dan kajian semula yang berterusan adalah penting bagi
menjayakan pelaksanaan Dasar Geopark Negara. Justeru itu,
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, dengan kerjasama jabatan-jabatan
dan agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan, akan mengeluarkan
laporan kemajuan secara berkala mengenai pelaksanaan DGN ini.
ii. Dalam melaksanakan DGN ini, Kerajaan akan mengambil kira piawaian
antarabangsa UGGp dan komitmen yang telah Kerajaan Malaysia berikan
di peringkat antarabangsa terhadap pembangunan geopark. Malaysia
akan mempromosikan objektif-objektif dan teras-teras DGN, di peringkat
tempatan dan antarabangsa, melalui kerjasama dua hala dan pelbagai hala
dengan negara- negara lain dan organisasi-organisasi dalam UGGp
Networks.
iii. Kerajaan Persekutuan akan mewujudkan hubungan kerja yang rapat
dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri, sektor-sektor swasta dan pihak-pihak
berkepentingan yang lain dalam melaksanakan DGN, agar mencapai
kejayaan dan faedah melalui pembangunan sumber warisan geologi
terintegrasi dengan warisan biologi, sejarah dan budaya di negara ini.
iv. Setiap geopark sama ada Geopark Kebangsaan atau Global Geopark akan
melalui proses penilaian semula setiap 4 tahun. Ini akan membolehkan
penilaian dan kajian semula prestasi pematuhan DGN dipantau.
71