Page 84 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 84

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030



                     v.    Melaksanakan  program  pendidikan  warisan  geologi  bersama  warisan

                           biologi,  sejarah  dan  budaya  untuk  mendidik  masyarakat  mengenai
                           kebergantungan       manusia     kepada     alam     dan    memperkenalkan

                           pemuliharaan terintegrasi (hubungan geologi-biologi-budaya)

                     vi.   Melaksana  agenda  Sahabat  Geopark  dan  Sekolah  Angkat  Geopark  di
                           peringkat  sekolah,  menyediakan  sebuah  pusat  informasi  maklumat,

                           menerbitkan majalah geopark,  memperbanyakkan  risalah,  papan  tanda,

                           brosur, media cetak (berkaitan geopark, mengenai ‘integriti alam sekitar &
                           bencana  alam  termasuk  perubahan  iklim,  mengenai  warisan  &  warisan

                           terintegrasi  -geo,  bio,  budaya  setempat,  dan    perpaduan  masyarakat),
                           menerbitkan buku panduan (Guide Book) (untuk pemandu pelancong dan

                           pengusaha homestay serta buku mewah), melaksanakan bengkel, seminar
                           dan  persidangan-  pelbagai  program  seperti  ceramah,  bengkel,  latihan

                           kemahiran  dan  aktiviti  berkaitan  alam  sekitar,    mengadakan  dialog

                           penyertaan  bersama  komuniti  setiap  tahun,  mengadakan  aktiviti  seni
                           (bercerita-storytelling, peraduan melukis, pameran seni, teater dan puisi

                           geopark, mengadakan aktiviti lawatan berpandu, rintis di geotrail, sayangi
                           alam dan lain-lain.


                    Teras 10: Promosi, Pemasaran Dan Penjenamaan



                    Daya  saing  sektor  geopark  dalam  ekonomi  global  memerlukan  kesemua
                    produknya  dijenamakan,  dipromosikan  dan  dipasarkan  dengan  efektif  agar

                    mendapat tempat dalam pasarannya yang khusus. Ini akan dapat dilaksanakan

                    melalui:
                      i.   Penubuhan  Jaringan  Geopark  Malaysia  (Malaysia  Geopark  Network-

                           MGN)  bagi  mempromosi  dan  memasarkan  geopark  di  peringkat
                           kebangsaan dan antarabangsa,

                      ii.   Pemastian MGN mempunyai  jaringan  akrab dengan  Indonesia  Geopark
                           Network  (IGN),  malah      juga  dengan  Asia  Pacific  Geoparks  Network

                           (APGN),  European  Geoparks  Network  (EGN),  Latin  American  and

                           Caribbean  Geopark  Network  (LACGN)  dan  African  UGGps  Network
                           (AUGGN)  untuk  mempromosi  dan  memasarkan  geopark  ke  peringkat

                           antarabangsa,

                                                                                                              69
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89