Page 83 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 83

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030



                           berunding  untuk  mencapai  kata  sepakat  dalam  membiayai  sebahagian

                           atau   keseluruhan aktiviti geopark.
                     iii.   Program tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility)

                           yang  mana  pihak  pengurusan  geopark  berkolaborasi  dengan  pelbagai

                           pihak swasta bagi membolehkan aktiviti-aktiviti geopark ditaja oleh pihak
                           swasta dalam bentuk kewangan ataupun bukan kewangan.

                     iv.   Pendanaan awam (crowdfunding) yang mana pihak pengurusan geopark

                           pasti aktiviti yang boleh dibiayai secara bersama oleh orang ramai atau
                           swasta melalui platform yang dikendalikan secara sistematik di samping

                           hebahan maklumat aktiviti secara berkesan.
                     v.    Pengenaan caj masuk kepada pengunjung dan pelancong sebagai tanda

                           mereka dalam memelihara kawasan geopark dan pengurusan aktivitinya


                    Teras 9: Peningkatan Pendidikan Dan Kesedaran Awam


                    Kejayaan  pembangunan  geopark  dan  pemuliharaan  warisan  bergantung  pada

                    kesedaran  pihak  berkepentingan,  penglibatan  dan  penghayatannya  berkaitan
                    nilai warisan serta peluang ekonomi, dan pendidikan awam untuk semua pihak

                    berkepentingan secara terfokus dan berterusan Ini akan dapat dicapai melalui:


                      i.   Memberikan  perhatian  kepada  komponen  pengetahuan,  kesedaran  dan

                           penghayatan  awam  mengenai  kepelbagaian  sumber  warisan  yang
                           terdapat di dalam geopark untuk membangun identiti dan rasa kecintaan

                           komuniti setempat terhadap keistimewaan wilayahnya

                      ii.   Melaksanakan  program  pendidikan  awam  melalui  pelbagai  kaedah  dan
                           saluran termasuk program pengajaran dan pembelajaran formal di sekolah

                           dan  institusi,  aktiviti  bengkel,  persidangan,  program  yang  disampaikan
                           melalui  media  cetak,  radio,  televisyen,  internet  dan  aktiviti berkumpulan

                           yang lain.
                     iii.   Membudayakan  pendidikan  awam  dalam  semua  aspek  pembangunan

                           geopark - perancangan, pembangunan dan pelaksanaan

                     iv.   Pelaksanaan  aktiviti  pendidikan  secara  bersistem,  berasaskan  sasaran
                           dan berterusan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian latar belakang

                           pendidikan dan pekerjaan penduduk di sesebuah geopark (geoparkian)

         68
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88