Page 80 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 80

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030



                     vi.   Menyediakan  latihan  dan  jaringan  perniagaan  geopelancongan  yang

                           kondusif



                    Teras 4: Peningkatan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)


                    R&D adalah penting untuk penghasilan rekod warisan semula jadi dan budaya

                    wilayah. R&D akan dapat dipertingkatkan melalui:


                      i.   Menyediakan sumber kewangan dan insentif yang mencukupi

                      ii.   Menggalakkan kerjasama pakar tempatan, serantau dan antarabangsa

                     iii.   Perlindungan hak milik harta intelek dan pengkomersialan hasil penemuan
                           R&D

                     iv.   Mengukuhkan  perkongsian  pintar  dan  memupuk  kerjasama  antara
                           kerajaan, industri dan institusi pengajian tinggi; dan

                     v.    Menyediakan latihan R&D dalam bidang warisan geologi
                     vi.   Penubuhan  badan  penyelaras  yang  berkesan  dalam  bidang  sumber

                           warisan geologi.


                    Teras 5: Pewujudan Pangkalan Data Geologi Yang Bersepadu


                    Kewujudan  data  dan  informasi  yang  menyeluruh,  bersepadu  dan  mudah

                    diperolehi  adalah  penting  untuk  perancangan  yang  efektif  dan  pembangunan
                    yang mapan dalam sektor geopark. Ini akan dapat dicapai melalui:



                      i.   Pewujudan  pusat  kebangsaan  untuk  pengumpulan,  perbandingan,
                           integrasi  dan  penyebaran  data  dan  maklumat  tentang  sumber-sumber

                           warisan  geologi,  kemampanannya,  taraf  dan  maklumat  lain  yang

                           berkenaan
                      ii.   Mengukuhkan  rantaian  maklumat  dan  jaringan  persefahaman  dengan

                           pelbagai agensi-agensi tempatan dan antarabangsa,
                     iii.   Memantapkan rantaian maklumat warisan geologi dengan warisan biologi,

                           sejarah dan budaya,
                     iv.   Menyediakan latihan, kemudahan dan prasarana yang mencukupi untuk

                           pengurusan maklumat.
                                                                                                              65
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85